• Home
  • Wednesday, July 17, 2019

    어서오세요 Korea / Selamat Datang Korea (Jeju Island) Part 2

    Hari yang sama juga, aku berpeluang ke Teddy Bear Museum. Jangan ingat teddy bear takda muzium ya.. Ada je... nk msk sini korang boleh walk in bayar atau aku guna kaedah bayar guna aplikasi Klook yang lebih murah berbanding harga walk in..
       
                                                                                                           
      

    comel kan patung yang dijual ni..Disamping melihat pelbagai teddy bear disini, korang juga boleh membuat pembelian teddy bear as souvenir. Then aku pergi jalan-jalan sekitar tempat di Seogwipo ni...
    What a superb view dari Hyatt Regency Hotel Jeju. 










    Tuesday, July 16, 2019

    어서오세요 Korea / Selamat Datang Korea (Jeju Island) Part 1

     Nampak gaya blog ini dah berhabuk tebal. Kali ni aku nak share past trip ke Korea Selatan awal tahun 2019 yang lalu. Masa pergi ni tengah pengakhiran musim sejuk di Korea. Jeju Island merupakan route terbaru yang diperkenalkan oleh Air Asia since 2018. So trip ni bermula di Jeju Island dan Seoul yang mengambil masa 10 hari untuk dilawati. Setelah sampai di Jeju Island. Aku decided untuk menginap di bandar Seogwipo yang terletak di selatan Jeju Island.
    Lepas landing di Seogwipo terus kuar malam kejap.
    Dol Hareubang yang boleh dilihat hampir kesemua tempat di Jeju Island. Hari kedua di Jeju Island aku menjelajah ke Cheonjiyeon Falls. Entrance Fee dia adalah percuma shj. Air Terjun Cheonjiyeon ini berketinggian 22 meter adalah tempat popular  yang boleh dilawati di Seogwipo ni. Dari hotel aku menginap ini taklah berapa jauh .dalam 1-2 km jalan kaki..tu pun kalau korang larat lar jalan kaki..
    What a view
                       
    Pengunjung tempatan pun nak bergambar jugak.


    Saturday, January 12, 2019

    My India Story : Behind The Taj Mahal

      It's been a year since last updated. Hello guys, welcome back to my blog. Lately been so much busy since dah jadi partime student ni. So ak nak citer sket story masa dekat India mostly dkt Agra. Agra ini merupakan bandar yang dimana terdapat monumen Taj Mahal 7 Wonders tu..
      


    Okay, kota Agra ni tak lar jauh dari Capital City New Delhi..dalam 4/5 jam memandu dari Delhi ni.. Tapi since India ni negara membangun, jangan expect tinggi dengan jalanraya mereka ni. Nak masuk ke Taj Mahal ni sekitar RM55 kalau tak silap. Tutup pada hari jumaat sahaja. 

    Pintu Gerbang salah satu Taj Mahal dihiasi dengan ayat-ayat al-quran

    Sunday, February 11, 2018

    My India Story : Part I (Mumbai)

                                                             Assalamualaikum

    Okay, akhirnya hasrat nak ke India tercapai jua apabila minggu lepas trip ke India berjalan dengan baik. Memandangkan ada sedikit masa nak update blog yang dh berhabuk ni, mari aku kongsikan sekeping kenangan trip ke India bersama korang.

    Eh? kenapa pilih India? kenapa tak pergi Korea? Jepun atau China? Sebab India salah satu negara yang unik dan diverse ethnicity. Eh apa kau ngarut ni? Means setiap 500km di India korang boleh nmpk perbezaan bahasa pertuturan dan fizikal diorang.

    Then bertolaklah dari KLIA 2 ke Mumbai on 31 Januari lalu.  Tak tau kenapa boleh terbeli tiket ke Mumbai dulu, lazimnya orang akan ke Delhi terus kalau nk ke North India..haha.. Okay kami pergi berenam di India..Lazimnya aku slalu trip sorang atau dgn member2 tapi kali ni dgn group backpackers.

    Keadaan nak bertolak ini agak unusual sebab rasanya kami and few malaysian sahaja dalam flight..

                                 


    Okay gambar dari kiri tu betol-betol di pagar hadapan rumah Shah Rukh Khan, kanan pula posing di Tuk Tuk di Mumbai. Mumbai ni bandar dia paling sibuk dan kaya diantara semua bandar yang terdapat di India. Penduduk dia agak sedikit "Eksen" sikit. Disini aku bermalam di Hotel Plaza, area Byculla. Byculla ni dekat dgn south mumbai.. Mostly attraction dkt mumbai dari south. As kena tau, Mumbai kan sibuk, kalau boleh carilah hotel dekat dgn attraction2 yang korang rasa nk pergi, tidak hadaplah korang dgn traffic yang boleh mencabar kesabaran korang tu... Kalau shopping di Mumbai ni, korang mmg boleh jadi sesak nafas dengan harga yg murah dan berbaloi, ak sendiri borong mcm2 smpai over budget....haha
    Gateway of India




    Sunday, June 11, 2017

    My Cambodia Trip : Part II Siem Reap, Cambodia

    Assalamualaikum

    Yes, kita bersua kembali dalam siri pelancongan aku ke Cambodia ini. Kalau nak diikutkan, travelling kali ini akan exhausted skit berbanding travel experience yg sebelum ini? kenapa sebab naik bas dari satu bandar ke bandar yg memakan masa almost 7 Jam. Yes dari Phnom Penh ke Siem Reap..Jenuh wei.... tp terpaksa lar dh nk travel kan? tkkan nk duduk 24jam dlm bilik hotel? hihi
    Epoi naik Giant Ibis dari PP ke Siem Reap, 32 USD per person.
    Malam pertama di Siem Reap, book lodging ni De Sonyn Boutique, 22 USD per night.

    Pemandangan dlm kamar De Sonyn Boutique, which I'm consider terbaik. 

    Makan malam di The Siem Reap Backpackers. Harga sekitar 2.50 USD - 8 USD per plate depend korang makan apa lar ...

    Night Market di Siem Reap





    Beg - beg yang dijual. Serius rambang mata dengan harga yang murah. Sekitar 15-25 USD depend pada saiz kapasiti.


    Ok, keesokkan harinya, Ak dgn member pergi ke Angkor Wat, actually pas ini dulu taklah pricy macam skg 37 USD...Dah datang Cambodia kan, kalau tak pergi Angkor Wat tu ibarat tak lengkap lar korang pnya travel.  Angkor Pass ni bukan shj kita boleh hanya tgk Angkor Wat tapi kesemua monumen-monumen yang terdapat di sekitar Angkor Wat. 



    bila dh dpt angle yg terbaik, apa lagi snap snap snap lar...
    Berlatarbelakangkan Angkor Wat itself.

    * ok asyik update pasal gmbr, mari Epoi citerkan serba ringkas apa itu Angkor Wat..
    - Monumen keagaamaan terbesar di dunia.
    - Sejarah mengatakan Angkor Wat dibina pada sekitar Abad ke-9 / 12.
    - Raja Jayavarman II yang ketika itu raja yang memerintah kawasan tersebut membina/membangunkan Angkor Wat.


    Ok disini shj update entri kali ini. Thanks sebab baca blog ak yg tak seberapa ni ya..Sebarang pertanyaan boleh komen, FB atau Youtube ok..





    Thursday, June 1, 2017

    My Cambodia Trip : Part I Phnom Penh, Cambodia

                                         Assalamualaikum 

     Hello Gaiss..bertemu kembali semula. Lately tahun ni, ak banyak travelling since dah jd addict dgn travel ni...Ok untuk entri kali ini, aku nk story sket trip ke Kemboja.. Bukan yang pergi dkt Pasar kemboja tu tau..ni kita pergi melawat negara Kemboja sana. Trip kali ini Epoi amik selama 5 hari 4 malam disana. Kita tengok sket pasal culture2 diorg tu..

     Alah....kau bukan nk tgk culture sgt kan? just nk shopping sana je lar kan...
    Ikot peta google ni, memang flight makan masa hampir 2 jam ke sana.


    Ok mcm biasa kalau pergi travelling msti fikir pasal currency yang nk pakai kan? Actually di Kemboja ini diorg pakai USD untuk sebarang urusniaga. Duit matawang diorg Cambodian Riel tu hanya digunakan hanya untuk dpt balance dalam sen dollar shj. Contoh 1 USD = 4000 Riel. So kalau beli barang yg dpt baki 0.25 sen USD diorg takkan bagi USD tapi bagi dalam riel. So? congak lar sendiri...

    Setibanya di Phnom Penh International Airport, Epoi terus menuju ke The Mou Hotel yang terletak di City Centre. Naik Tuk Tuk lar...mne ada uber sini.



    Dari hotel The Mou tu actually tak smpai 1 km nak ke Central Market ini. Sini banyak jual barang-barang shopping lar..Dari periuk belanga hingga ke beg deuter semua ada. Urusniaga dalam USD ok...

    Contoh item yang boleh dpt disini. Ni alas meja..sesuai nak hadiahkan dkt ibu.
    Nak gmbr juga...abaikan orang yg jual2 tu...
    Sewaktu dalam nak balik hotel dari central market tu, ada satu mall baru nk siap...dalam mall tu ada hypermarket lar...ternampak produk malaysia. Actually Kemboja banyak import barang dari Malaysia.. 

    Ok disini saja utk entri kali ini...sebab Part II akakan story pergi ke Siem Reap pula. Thanks for viewing my blog okay..





    Monday, May 22, 2017

    Jalan Jalan Surabaya

                                                               
                                                                 
                                        Assalamualaikum

         Ok bertemu kembali semua. Kali ini aku nak share sedikit trip ke Surabaya, Indonesia pada Feb 2017 lalu dengan travel around 6 hari 5 malam disana. Ok actually masa ini booking under AirAsia juga seperti biasa pd Jun 2016 lalu. Tiket Flight pergi balik tak silap RM232.00 seorang which is Aku consider cheap. Ok trip ini merupakan trip ke 3 ke Indonesia selepas Bali dan Solo&Jogjakarta. Sebelum citer lebih lanjut, msti yg ada yg dh tau apa yg menariknya di Surabaya sana? Actually Surabaya ini terletak di Jawa Timur dan merupakan Bandaraya ke-2 terbesar di Indonesia selepas Jakarta. Di Jawa Timur ini terdapat satu Gunung Berapi yang terkenal dgn pelancongan iaitu Gunung Bromo.
    Atas Gunung Bromo 

    Lawa wehh view di sini..Sejuk pulak tu..


        Nasi Bebek Mozzarella Cheese                 Bumblebee wehh                           Semanguk Bakso                

    Kuda yang keletihan..
    Di Monumen Kapal Selam