• Home
  • Tuesday, December 3, 2013

    Prosedur Pengesahan Jawatan Pembantu Makmal C17 (Kementerian Pendidikan Malaysia)

    Assalamualaikum semua...okay sebagai orang baru dalam gomen ini, kalau nk disahkan jawatan dalam gomen tu kenalah laksanakan terlebih dahulu perkara seperti lulus exam, lulus kursus dengan jayanya. (Ada Tempoh 1-3 tahun untuk kita laksanakan).
    1)
    Bahagian 1 : Peperiksaan Perkhidmatan JPA 
    - Peperiksaan ini berkaitan dengan soalan seperti Perintah Am, Panduan Pengurusan Pejabat dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam..Semuanya soalah objektif...Laman Web bagi peperiksaan ini http://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/

    Bahagian 2 dan 3 : Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Utama bagi kumpulan Sokongan
    - Peperiksaan ini berkaitan dengan tugas kita sebagai Pembantu Makmal. Ada 2 bahagian, Bahagian 2 iaitu soalan struktur dan Bahagian 3 adalah soalan berdasarkan esei. Laman Web bagi peperiksaan ini www.moe.gov.my/sisppa/


                    Dan yang terakhir kenalah lulus dengan jayanya kursus Program Transformasi Minda (PTM) dahulunya dikenali sebagai Kursus Induksi. Kursus ini berlangsung selama 5 hari...


    Mengikut pengalaman dari kenalan lain, ada jugak calon yang pernah terkandas, maka kenalah ulangi semula exam tersebut. Setelah semua prosedur ini lulus barulah kita boleh memohon untuk disahkan jawatan sebagai Pembantu Makmal...Wish Me luck!!! Amin.....




    Sunday, December 1, 2013

    Akan Datang : Motorola Moto G akan hadir di Malaysia

    Motorola Moto G

    Assalamualaikum semua, harini ak nk review mengenai handphone terbaru Motorola yang bakal menjengah ke pasaran Malaysia pada tahun hadapan. Seperti kita tahu, pasaran telefon bimbit tempatan dikuasai oleh jenama besar spt Samsung dan Sony. Adalah menjadi penting buat Motorola untuk kembali bersaing dalam pasaran Malaysia ini. Ak pun x sabar utk dptkan handphone ini sebab harganya sangat affordable utk kita beli iaitu sekitar RM 600 - RM 700 yang amat sesuai utk individu mcm aku ni..

    Okay...ni spec dia yang korang perlu tahu serba sedikit lar..

    * Skrin bersaiz 4.5-inci (resolusi 1280×720 pixel) Standard lar handphone smartphone skg
    * Cip pemprosesan Snapdragon 400 1.2GHz dengan Android 4.3 Jelly Bean
    * Memori 1GB RAM + Kamera Belakang 5-megapixel.

    Monday, November 18, 2013

    Sunday, November 3, 2013

    Pengambaraan telahpun bermula............

                   Assalamualaikum semua, syukur akhirnya setelah sekian lama, kita kembali bersua.. Ok, buat masa ini aku telah ditempatkan di Makmal Kimia dan Fizik di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan di Perak. Dengan itu, sedikit sebanyak aku telah belajar tentang suasana kerja di sekolah ini sebab murid dia 98% adalah berbangsa Cina. Nantikan update lain kelak...
    Makmal Kimia 


    Saturday, October 12, 2013

    Lapor Diri...

                Awal Oktober 2013 lalu, akhirnya aku  telahpun dengan jayanya melapor diri di Kementerian Pendidikan di Presint 5, Putrajaya. Lapor diri berjalan dalam 1 hari dari 9 pagi hingga 4.30 petang. Kemudian pihak Kementerian telah menyediakan pelbagai slot program yang berkaitan sebagai Penjawat Awam serta Pembantu Makmal. Seronok juga dapat jumpa geng-geng Pembantu Makmal baru dan makanan yang disediakan amatlah sedap huhu...Terbaik bro!!! Selamat Bertugas kawan-kawan semua!
    Taklimat Pembantu Makmal di Dewan Za'aba, Kementerian Pendidikan Malaysia

    Friday, September 20, 2013

    BBM untuk Android dan IOS

                                                Sewaktu pelancaran BBM untuk Android dan iOS

    Setelah dinantikan ramai, hari ini pihak BlackBerry mengesahkan yang mana BlackBerry Messenger untuk Android dan iOS akan ditawarkan untuk pengguna Android dan juga iPhone. Sebagai pengguna setia Handphone Blackberry, ternyata aku sedikit kesal dengan khabar ini kerana Blackberry seolah-seolah mengali kuburnya sendiri. So BBM dah xda hak eksklusifnya bersama Blackberry Phone ini. Tetapi walaupun begitu, aku tetapi sedia menunggu handphone blackberry baru kelak.. Dalam fikiran sekarang adalah Blackberry Q5 seperti dibawah ini...HUHU...Cepatlah gaji
    Blackberry Q5

    Wednesday, September 4, 2013

    Makmal-Makmal Sekolah Tercantik di Seluruh Dunia.

                          Tenang dan sejuk je rasanya bila tengok Makmal-Makmal Sains Sekolah di seluruh dunia ni. Dengan mempunyai kawasan yang kondusif dan selamat, mesti murid-murid sekolah dapat belajar dengan selesa. Impian aku nanti nak create sattu makmal sekolah mcmni lar nnti..Boleh? ke tak boleh??? huhu







    Syarat Kelayakan Memohon & Skop Tugas Pembantu Makmal Sekolah



                           Pembantu Makmal Sekolah

                           Syarat Kelayakan Lantikan Pembantu Makmal

    a.              Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia.
    b.              Lulus dalam mata pelajaran matematik atau salah satu daripada mata         pelajaran sains.
    c.              Lulus Bahasa Melayu.

    4.4.2       Keperluan Latihan Pembantu Makmal

    a.              Kemahiran melabel bahan kimia dan kepekatan larutan (kemolaran).
    b.              Kemahiran menyediakan larutan piawai.
    c.              Kemahiran mengendalikan bahan kimia terutamanya bahan toksik.
    d.              Kemahiran mengendalikan eksperimen yang berkaitan dengan mikroorganisma.
    e.              Kemahiran mengendalikan bahan mudah berkulat, berkarat dan mudah teroksida.
    f.                  Kemahiran mengendalikan keadaan kecemasan, seperti tumpahan bahan organik, bahan mengkakis, rejatan elektrik dan seumpamanya.
    g.              Kemahiran mengendalikan stok dan penyimpanan alat atau bahan sains yang sistematik.
    h.              Kemahiran mengendalikan komputer.
    i.                   Kemahiran membaiki kerosakan kecil sistem pendawaian dan sistem paip air.
    j.                   Kemahiran menguruskan stok.
    k.               Kemahiran mengendalikan peralatan sains terutama yang memerlukan kejituan seperti dalam pengukuran dan timbangan.
    l.                   Kemahiran menyelenggarakan peralatan sains mengikut prosedur.
    m.         Kemahiran melupuskan bahan-bahan kimia dan peralatan sains.

    4.4.3       Tugas-tugas Pembantu Makmal

                    4.4.3.1    Tugas Harian

    a.               Membuka pintu makmal dan pintu bilik persediaan makmal sains sebelum waktu sesi pembelajaran bermula dan mengunci pintu makmal apabila sesi pembelajaran makmal berakhir.
    b.              Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar sentiasa dalam keadaan bersih.
    c.              Memastikan makmal dalam keadaan ceria dan selamat.
    d.              Menyediakan alat, radas dan bahan sains seperti yang dipesan oleh guru sains dalam buku penyediaan alat / radas atau borang pesanan.
    e.              Memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi sebelum kerja amali dijalankan.
    f.                  Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang diperlukan untuk kerja amali.
    g.              Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam mengendalikan peralatan dan bahan sains.
    h.              Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang kecemasan seperti kebakaran dan kecederaan.
    i.                   Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan sains ke tempat asal yang telah ditetapkan setelah selesai kerja amali.
    j.                   Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip gas, air, kipas dan lampu setelah selesai setiap kerja amali.
    k.               Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas.
    l.                   Membantu guru sains, mengawas dan membantu murid mendapatkan peralatan dan bahan sains semasa amali.
    m.         Memastikan tindakan berikut diambil selepas kerja amali yang terakhir pada setiap hari :
                                                                                                                                                                                                           i.            Membersih bekas dan sisa bahan sains yang telah digunakan
                                                                                                                                                                                                         ii.            Menutup bekalan gas, air dan elektrik

                                                                                                                                                                                                       iii.            Menutup tingkap, mengunci pintu bilik persediaan dan pintu makmal sains
                                                                                                                                                                                                     iv.            Menyimpan kunci bilik makmal sains mengikut arahan pengetua
    n.              Mengambil tindakan sewajarnya serta melapor dengan segera sebarang kehilangan, kerosakan dan kebocoran kepada guru sains, Ketua Panitia, Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Pengetua.
    o.              Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal sains seperti mengemaskini stok dan sebagainya.
    p.              Mencuci peralatan sains yang kotor.
    q.              Membantu membuat pesanan untuk pembelian dan menerima bahan-bahan serta radas daripada pihak pembekal.
    r.                 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

    4.4.3.2    Tugas Semasa Cuti sekolah

    a.              Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dan guru sains mengemas kini rekod stok.
    b.              Menyediakan reagen kimia, larutan penunjuk dan sebagainya seperti yang diperlukan untuk kerja amali.
    c.              Menokoktambahkan kandungan botol reagen dengan larutan kimia yang berkenaan dan mengganti label pada botol reagen jika perlu.
    d.              Mengubah suai dan membuat inovasi daripada bahan terpakai supaya boleh digunakan di makmal sains.
    e.              Menghasilkan air suling.
    f.                  Membantu membaik pulih kerosakan kecil peralatan sains.
    g.              Mengecas dan discas akumulator.
    h.              Menyelenggarakan mikroskop, kanta, neraca, slaid, carta, model, alat timbang dan sebagainya.
    i.                   Menyusun peralatan dan bahan sains dengan selamat dan bersistem.
    j.                   Menyemak dan memastikan bahan beracun dan bahan berbahaya disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan.
    k.               Memeriksa dan memastikan kit pertolongan cemas serta alat mencegah kebakaran sentiasa lengkap, berfungsi dan tidak luput tarikh.

    l.                   Mengecat permukaan meja makmal sains dan peralatan sains jika perlu.
    m.         Menyemak dan melaporkan bahan-bahan sains yang telah luput tarikh kepada guru sains untuk tindakan seterusnya.
    n.              Mengemaskinikan butir-butir dalam kad stok berdasarkan rekod invois bagi peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang baru diterima.
    o.              Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam kerja hapus kira dan pelupusan.
    p.              Menyelia dan membantu kerja membaik pulih perabot makmal sains.
    q.              Memastikan bahawa semua peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi disusun dengan teratur.
    r.                 Memeriksa, menyelenggara kemudahan makmal termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas. Jika berlaku sebarang kerosakan atau kebakaran, laporkan perkara ini dengan segera kepada pihak sekolah.
    s.              Menyemak semula dan memastikan bahan yang beracun serta berbahaya disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan.
    t.                  Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik membuat anggaran belanjawan.

    4.4.3.3    Tugas-tugas Lain

    a.              Menyediakan senarai barang yang diperlukan oleh guru sains dan meminta sebut harga dari syarikat-syarikat yang tertentu pada awal tahun (sebelum penggal persekolahan).
    b.              Membantu menulis pesanan dalam borang pesanan. Semua pesanan mestilah dibuat melalui Pengetua / Ketua Bidang Sains dan Matematik / Ketua Panitia.
    c.              Memeriksa alat-alat dan bahan-bahan pesanan supaya semua berkeadaan baik dan mengikut kehendak guru sains sebaik sahaja diterima daripada pembekal.
    d.              Menyimpan baucer pesanan dalam fail khas.
    e.              Menyediakan carta-carta, model, slaid mikroskop, CD dan alat bantu mengajar lain yang diperlukan untuk pengajaran sains.
    f.                  Membantu mengurus buku stok / inventori.
    g.              Menerima dan menyemak radas dan bahan kimia yang baru dibeli serta memasukkan ke stor dan mencatat dalam buku stok utama dan kad stok.
    h.              Menyenaraikan radas dan bahan utama yang kurang dalam borang pesanan.
    i.                   Memasang klip buaya pada dawai.
    j.                   Menyediakan radas dan bahan kimia untuk pameran sains, kem sains dan sebagainya.
    k.               Menajamkan alat-alat  pemotong.
    l.                   Merekod radas rosak atau pecah semasa amali.
    m.         Mencuci kit sejuk, akuarium dan tempat-tempat pemeliharaan binatang jika ada
    n.              Membantu melakukan pembelian runcit bahan untuk amali.
    o.              Membantu mengadakan kursus dalaman kepada kakitangan baru.
    p.              Membuat catatan dalam buku kerosakan  atau pecah, kemalangan, pinjaman dan lain-lain yang berkaitan.
    q.              Berada dalam bilik makmal atau bilik persediaan supaya dapat dihubungi oleh guru sains apabila pertolongan diperlukan.

    4.4.4       Norma Perjawatan Pembantu Makmal di Sekolah Menengah
    (diluluskan mulai tahun 2009)

    Norma Perjawatan Perakuan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
    Formula pengiraan kelayakan bagi :

    a.              Pembantu Makmal Gred C17
    b.              Pembantu Makmal Gred C22
    c.              Pembantu Makmal Gred C26

    Norma ini turut terpakai di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tetapi jawatan Pembantu Makmal Gred C22 diganti dengan jawatan Pembantu Makmal gred C26
    4.5               Cadangan

    Pembantu Makmal yang baru dilantik wajib menghadiri kursus asas berkaitan kerja-kerja               di makmal sains sebelum penempatan dilakukan.

    Skop Bidang Tugas Pembantu Makmal (Gred C17)

    1.      Merancang dan mengawal operasi makmal.

    2.      Menyediakan dan mengendalikan bahan.

    3.      Menyediakan, menyenggara dan mengendalikan peralatan.

    4.      Membantu dalam urusan praktikal / eksperimen.

    5.      Menguruskan pentadbiran makmal.

    Senarai Tugas Pembantu Makmal (Gred C17) 

    1.      Merancang dan Mengawal Operasi Makmal

    (a)   Menyediakan jadual kerja (harian/bulanan/tahunan) yang akan dilaksanakan.
    (b)   Menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti pengurusan makmal/amali di makmal.
    (c)   Memastikan sebarang tugas yang dijalankan mengikut prosedur yang mengutamakan keselamatan dan kebersihan.
    (d)   Menjalankan pengagihan kerja mengikut kesesuaian makmal yang digunakan.
    (e)   Menyediakan peraturan-peraturan penggunaan makmal serta papan-papan tanda yang perlu sebagai panduan pelajar yang menggunakan makmal.
    (f)     Mengawasi penggunaan makmal oleh pelajar agar mematuhi peraturan-peraturan ketika berada di makmal.
    (g)   Memastikan kebersihan, keselamatan dan keceriaan persekitaran makmal (dalam dan luar) serta kesesuaian susun atur perabot di makmal.


    2.      Menyediakan dan Mengendalikan Bahan

    (a)   Menklasifikasikan bahan-bahan di makmal.
    (b)   Menerima dan menyimpan bahan / spesimen / sampel mengikut kesesuaian. (Contohnya menyimpan di  tempat kering, menyimpan di tempat bersuhu rendah)
    (c)   Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur bahan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.


    3.      Menyediakan, Menyenggara dan Mengendalikan Peralatan

    (a)   Mengklasifikasikan peralatan makmal.
    (b)   Menerima dan menyimpan peralatan mengikut kesesuaian. (Contohnya di tempat yang tidak merbahaya dan jauh daripada sumber haba)
    (c)   Menguji dan mengesahkan peralatan berfungsi dengan sempurna.
    (d)   Menyediakan peralatan untuk kegunaan P&P (amali).
    (e)   Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur peralatan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.
    (f)     Membersih dan menyenggara peralatan sains. (Contohnya kanta pembesar, mikroskop)
    (g)   Membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains.


    4.      Membantu dalam Urusan Praktikal / Eksperimen

    (a)   Berada di makmal sains / bilik persediaan sains semasa amali berlangsung supaya dapat membantu guru / pensyarah apabila diperlukan.
    (b)   Mengawasi pelajar ketika menjalankan ekperimen agar prosedur keselamatan dan kebersihan dipatuhi.
    (c)   Memastikan peralatan yang digunakan mencukupi dan berkeadaan baik sebelum dan selepas digunakan.
    (d)   Memastikan radas yang telah selesai digunakan dibersihkan dengan sempurna mengikut prosedur tertentu. (Contohnya membersihkan radas menggunakan air suling)
    (e)   Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan bersesuaian dengan kehendak eksperimen sebelum sesi bermula.
    (f)     Memastikan sisa bahan eksperimen dan lebihan bahan disimpan / dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan.


    5.      Menguruskan Pentadbiran Makmal

    (a)   Membantu pihak pentadbir menguruskan perolehan bahan / peralatan untuk kegunaan makmal.
    (b)   Menguruskan inventori bahan / peralatan serta pengendalian stor mengikut prosedur.
    (c)   Menguruskan pelupusan sisa bahan dengan selamat dan terkawal.
    (d)   Membantu pihak pentadbir menguruskan pelupusan peeralatan yang rosak dan tidak dapat dibaiki.
    (e)   Menerima dan mengumpul aduan kerosakan bahan / peralatan untuk dilaporkan kepada pihak pentadbir agar diambil tindakan.


    Lampiran 4.2

    Skop Bidang Tugas Pembantu Makmal (Gred C22)


    1.      Menyelaras dan menyelia operasi makmal.

    2.      Menyediakan dan mengendalikan bahan.

    3.      Menyediakan, menyenggara dan mengendalikan peralatan.

    4.      Membantu dalam urusan praktikal / eksperimen.

    5.      Menguruskan pentadbiran makmal.

    6.      Menjalankan urusan penyeliaan dan pemantauan berhubung hal ehwal urus tadbir makmal sains.


    Senarai Tugas Pembantu Makmal (Gred C22)


    1.      Menyelaras dan Menyelia Operasi Makmal

    (a)   Menyelaras jadual kerja (harian/bulanan/tahunan) yang akan dilaksanakan.
    (b)   Menyelaras dan menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti pengurusan makmal / amali di makmal.
    (c)   Memastikan sebarang tugas yang dijalankan mengikut prosedur yang mengutamakan keselamatan dan kebersihan.
    (d)   Menyelaras dan melaksanakan pengagihan kerja mengikut kesesuaian makmal yang digunakan.
    (e)   Merangka dan melaksanakan peraturan-peraturan penggunaan makmal serta papan-papan tanda yang perlu sebagai panduan pelajar yang menggunakan makmal.
    (f)     Menyelia kebersihan, keselamatan dan keceriaan persekitaran (dalam dan luar makmal).

     2.      Menyediakan dan Mengendalikan Bahan

    (a)   Memastikan klasifikasi bahan-bahan di makmal dilakukan dengan tersusun dan betul.
    (b)   Memastikan penerimaan dan penyimpanan bahan / spesimen / sampel mengikut kesesuaian. (Contohnya menyimpan di tempat kering, menyimpan di tempat bersuhu rendah)
    (c)   Memproses / menyediakan bahan keperluan makmal yang lebih kompleks dan memerlukan ketelitian (contohnya campuran tindak balas, elektrolisis) sebelum digunakan untuk P&P (amali).
    (d)   Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur bahan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.


    3.      Menyediakan, Menyenggara dan Mengendalikan Peralatan

    (a)   Menyemak dan memastikan klasifikasi peralatan makmal dilakukan dengan tersusun dan betul.
    (b)   Memastikan peralatan yang diterima disimpan mengikut kesesuaian. (Contohnya di tempat yang tidak merbahaya dan jauh daripada sumber haba)
    (c)   Memastikan peralatan diuji untuk mengesahkan bahawa ia dapat berfungsi dengan sempurna.
    (d)   Menyediakan peralatan yang lebih kompleks dan memerlukan ketelitian untuk kegunaan P&P (amali).
    (e)   Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur peralatan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.
    (f)     Memastikan peralatan sains (contohnya kanta pembesar, mikroskop) sentiasa dibersihkan dengan disenggara dengan baik dan berhati-hati.
    (g)   Membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains.


    4.      Membantu dalam Urusan Praktikal / Eksperimen

    (a)   Memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar dalam pengendalian dan urusan praktikal / eksperimen yang kompleks dan merbahaya.
    (b)   Memantau pengendalian dan perjalanan amali semasa ia berlangsung supaya dapat membantu guru / pensyarah apabila diperlukan.
    (c)   Memastikan urusan praktikal / eksperimen yang dilakukan sentiasa mengikut prosedur keselamatan dan kebersihan.
    (d)   Memastikan lebihan bahan / sisa eksperimen / peralatan yang digunakan diuruskan mengikut prosedur sebelum dan selepas digunakan.
    (e)   Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan bersesuaian dengan kehendak eksperimen sebelum sesi bermula.

      
    5.      Menguruskan Pentadbiran Makmal

    (a)   Menguruskan perolehan bahan / peralatan untuk kegunaan makmal.
    (b)   Menguruskan inventori bahan / peralatan di makmal.
    (c)   Menguruskan stor bahan / peralatan mengikut prosedur yang betul.
    (d)   Menguruskan pelupusan sisa bahan dengan selamat dan terkawal.
    (e)   Menguruskan pelupusan peralatan yang rosak dan tidak dapat dibaiki.
    (f)     Mengambil tindakan susulan ke atas aduan kerosakan bahan / peralatan yang telah dilaporkan kepada pihak pentadbir.


    6.      Menjalankan Urusan Penyeliaan dan Pemantauan Berhubung Hal Ehwal Urus Tadbir Makmal Sains

    (a)   Menjalankan penyeliaan, semakan serta kawalan terhadap operasi makmal yang dijalankan oleh Pembantu Makmal di bawah seliaannya.
    (b)   Memberi khidmat nasihat, panduan dan tunjuk ajar dalam pelbagai bidang tugas berkaitan Pembantu Makmal.
    (c)   Membantu pihak pentadbir memantau, menyelia, memperakui dan mengesahkan perkhidmatan dan bekalan daripada pihak luar agar dilaksanakan dengan baik dan mengikut prosedur.
    (d)   Membantu pihak pentadbir menyediakan skop dan spesifikasi kerja pembaikan / penyenggaraan di makmal apabila diperlukan.
    (e)   Menyediakan laporan penambahbaikan terhadap operasi dan pengurusan makmal sekiranya diperlukan untuk perhatian dan tindakan pihak pentadbir.
    (f)     Memastikan semua amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dipatuhi.
    (g)   Mengganti / menyelaras pengganti bagi Pembantu Makmal yang bercuti atas kelulusan rasmi.

     Lampiran 4.3

    Skop Bidang Tugas Pembantu Makmal (Gred C26)


    1.      Menyelaras dan menyelia operasi makmal.

    2.      Menyelia dalam urusan menyediakan dan mengendalikan bahan.

    3.      Menyelia dalam urusan menyedia, menyenggara dan mengendalikan peralatan.

    4.      Menyelia dan membantu dalam urusan praktikal / eksperimen.

    5.      Menguruskan pentadbiran makmal.

    6.      Menjalankan urusan penyeliaan dan pemantauan berhubung hal ehwal urus tadbir makmal sains.


    Senarai Tugas Pembantu Makmal (Gred C22)


    1.      Menyelaras dan Menyelia Operasi Makmal

    (a)   Menyelaras jadual kerja (harian/bulanan/tahunan) yang akan dilaksanakan.
    (b)   Menyelaras dan menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti pengurusan makmal / amali di makmal.
    (c)   Memastikan sebarang tugas yang dijalankan mengikut prosedur yang mengutamakan keselamatan dan kebersihan.
    (d)   Menyelaras dan melaksanakan pengagihan kerja mengikut kesesuaian makmal yang digunakan.
    (e)   Merangka dan melaksanakan peraturan-peraturan penggunaan makmal serta papan-papan tanda yang perlu sebagai panduan pelajar yang menggunakan makmal.
    (f)     Menyelia kebersihan, keselamatan dan keceriaan persekitaran (dalam dan luar makmal).


    2.      Menyelia dalam Urusan Menyediakan dan Mengendalikan Bahan

    (a)   Menyemak dan memastikan klasifikasi bahan-bahan di makmal dilakukan dengan tersusun dan betul.
    (b)   Memantau dan memastikan penerimaan dan penyimpanan bahan / spesimen / sampel mengikut kesesuaian. (Contohnya menyimpan di tempat kering, menyimpan di tempat bersuhu rendah)
    (c)   Memberi khidmat nasihat / panduan / tunjuk ajar berhubung dengan urusan memproses / menyediakan bahan keperluan makmal yang lebih kompleks dan memerlukan ketelitian (contohnya campuran tindak balas, elektrolisis) sebelum digunakan untuk P&P (amali).
    (d)   Memantau dan memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur bahan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.


    3.      Menyelia dalam Urusan Menyedia, Menyenggara dan Mengendalikan Peralatan

    (a)   Menyemak dan memastikan klasifikasi peralatan makmal dilakukan dengan tersusun dan betul.
    (b)   Memantau dan memastikan peralatan yang diterima disimpan mengikut kesesuaian. (Contohnya di tempat yang tidak merbahaya dan jauh daripada sumber haba)
    (c)   Memantau dan memastikan peralatan diuji untuk mengesahkan bahawa ia dapat berfungsi dengan sempurna.
    (d)   Memberi khidmat nasihat / panduan / tunjuk ajar berhubung urusan menyediakan peralatan yang lebih kompleks dan memerlukan ketelitian untuk kegunaan P&P (amali).
    (e)   Memantau dan memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur peralatan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.
    (f)     Memantau dan memastikan peralatan sains (contohnya kanta pembesar, mikroskop) sentiasa dibersihkan dengan disenggara dengan baik dan berhati-hati.
    (g)   Memberi khidmat nasihat / panduan / tunjuk ajar berhubung urusan membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains.


    4.      Menyelia dan Memantau dalam Urusan Praktikal / Eksperimen

    (a)   Memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar dalam pengendalian dan urusan praktikal / eksperimen yang kompleks dan merbahaya.
    (b)   Memantau pengendalian dan perjalanan amali semasa ia berlangsung supaya dapat membantu guru / pensyarah apabila diperlukan.
    (c)   Memastikan urusan praktikal / eksperimen yang dilakukan sentiasa mengikut prosedur keselamatan dan kebersihan.
    (d)   Memastikan lebihan bahan / sisa eksperimen / peralatan yang digunakan diuruskan mengikut prosedur sebelum dan selepas digunakan.
    (e)   Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan bersesuaian dengan kehendak eksperimen sebelum sesi bermula.


    5.      Menguruskan Pentadbiran Makmal

    (a)   Menguruskan perolehan bahan / peralatan untuk kegunaan makmal.
    (b)   Menguruskan inventori bahan / peralatan di makmal.
    (c)   Menguruskan stor bahan / peralatan mengikut prosedur yang betul.
    (d)   Menyelia urusan pelupusan sisa bahan dengan selamat dan terkawal.
    (e)   Menyelia urusan pelupusan peralatan yang rosak dan tidak dapat dibaiki.
    (f)     Mengambil tindakan susulan ke atas aduan kerosakan bahan / peralatan yang telah dilaporkan kepada pihak pentadbir.


    6.      Menjalankan Urusan Penyeliaan dan Pemantauan Berhubung Hal Ehwal Urus Tadbir Makmal Sains

    (a)   Menjalankan penyeliaan, semakan serta kawalan terhadap operasi makmal yang dijalankan oleh Pembantu Makmal di bawah seliaannya.
    (b)   Memberi khidmat nasihat, panduan dan tunjuk ajar dalam pelbagai bidang tugas berkaitan Pembantu Makmal.
    (c)   Membantu pihak pentadbir memantau, menyelia, memperakui dan mengesahkan perkhidmatan dan bekalan daripada pihak luar agar dilaksanakan dengan baik dan mengikut prosedur.
    (d)   Membantu pihak pentadbir menyediakan skop dan spesifikasi kerja pembaikan / penyenggaraan di makmal apabila diperlukan.
    (e)   Menyediakan laporan penambahbaikan terhadap operasi dan pengurusan makmal sekiranya diperlukan untuk perhatian dan tindakan pihak pentadbir.
    (f)     Memantau dan memastikan semua amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dipatuhi.
    (g)   Menyelaras pengganti bagi Pembantu Makmal yang bercuti atas kelulusan rasmi.