• Home
  • Sunday, January 12, 2014

    Asid yang Popular di Makmal Sekolah

      Di sekolah, terdapat ratusan bahan kimia yang sering digunakan oleh Pembantu Makmal untuk menjalankan eksperimen di makmal. Antara bahan yang sering digunakan adalah asid. Asid terbahagi kepada asid yang kuat dan menghakis dan juga asid yang lemah. Mari kita lihat asid yang sering digunakan dalam makmal sekolah. Langkah keselamatan untuk menjalankan larutan pencairan asid amatlah penting kerana asid adalah satu bahan yang sangat kuat menghakis dan berbahaya pada kesihatan kita. Persediaan untuk menyediakan bahan ini adalah di dalam kebuk wasap. Jangan sesekali leka dan tidak mematuhi Standard Operation Procedure untuk menyediakan/membancuh asid-asid ini.
    Asid Sulphurik H2SO4 asid mineralyang kuat dan menghakis. Asid ini paling ganas sekiranya bertindak balas dengan air berbanding yang lain.

    Asid Hidroklorik HCI asid yang terdapat dalam perut kita dan mempunyai kehakisan yang sangat tinggi juga, mempunyai bau yang bucuk yang tajam terhadap pernafasan sekiranya terhidu asid hidroklorik pekat.
     Asid Nitrik HNO3 merupakan asid yang sangat menghakis dan bertoksik. Asid yang tulen tidak berwarna namun sampel yang disimpan lama menjadi kuning akibat pembentukan nitrogen oksida.















    Sunday, January 5, 2014

    Tugasan sewaktu Cuti Sekolah 2013

                 Assalamualaikum kwn2 semua, akhirnya kita telah pun melangkah tahun 2014 setelah 2013 meninggalkan kita. Pada hujung-hujung tahun lalu, saya telah laksanakan satu transformasi kecil terhadap makmal-makmal jagaan saya iaitu dengan menambahkan sedikit keceriaan yang saya rasa patut dilakukan.
    Makmal Kimia yang telah diceriakan
    Konklusinya, dengan ada sedikit keceriaan ini, dapatlah memudahkan pembelajaran dan pengajaran antara kedua pihak. huhuhu...