Assalamualaikum semua, setelah 4 bulan lebih berkhidmat, hari ini saya telah menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Bagi Pembantu Makmal Gred C17 yang bertempat di BTPN Perak. Seperti yang dijangkakan soalan merangkumi semua aspek dari keselamatan, kecekapan dalam PnP, Radas yang digunakan ketika eksperimen dan fungsinya..Berikut saya selitkan soalan yang keluar mengikut bahagian masing-masing.
* Bahagian 2 (40 Soalan Objektif) 1 Jam
- Formula/Simbol Asid Hidroklorik
- Jenis Litar
- Kaliper
- Mol
- Simbol Bahan Berbahaya
- Langkah apabila seseorang terkena kebakaran
- Kerosakan ICT perlu dilapor kepada?
- Penyelenggaraan Stok
- Bacaan ammeter yang diberikan
* Bahagian 3 (8 Soalan Struktur) jawab 5 sahaja
- Labelkan radas dan fungsi tertentu dalam radas tersebut untuk sesuatu eksperimen yang dijalankan
- Cara menghilangkan kotoran seperti air kapur, iodin, kalium permanganate, dan karat
- Alatan keselamatan di makmal serta fungsinya
- Soalan berkaitan Stok
- Soalan mengenai simbol elektrik serta lukiskan simbol untuk litar
- Soalan mengenai Micrometer
Diharap, dengan ada panduan ini, anda dapat menggunakannya untuk rujukan sewaktu anda menduduki peperiksaan nanti..
Tuesday, February 25, 2014
Saturday, February 15, 2014
Eksperimen Tingkatan 6 atau Pra-Universiti
Sebagai salah satu Pembantu Makmal yang bertugas di Tingkatan 6, pada mulanya saya rasakan ianya amat berat buat saya yang tidak mengambil sains tulen sewaktu di sekolah dahulu. Namun, setelah hari-hari mempelajari pelbagai perkara, tunjuk ajar senior-senior dan rujukan dari Internet. Saya telahpun berjaya mengharungi kesusahan tersebut dengan eksperimen-eksperimen berikut. Kali ini, saya ingin kongsikan eksperimen 7 untuk Tingkatan 6 semester 2 iaitu "Electrochemisty" iaitu eksperimen dimana untuk mengenalpasti peratusan ketulenan kuprum dalam elektrolisis.
Pelajar sedang menyiapkan eksperimen 7 Tingkatan 6 semester 2
Antara bahan kimia dan radas yang perlu disediakan oleh saya untuk eksperimen ini adalah :
* Larutan Kuprum (II)Sulfat CuSO4 10 liter
* Bahan Organik : Cecair Acetone yang mudah terbakar..(Bahaya sekiranya diletakkan dalam plastik)..Gunakan Acetone dalam kebuk wasap.
* Ammeter, Rheostat, Power Supply, Wayar Penyambung.
* Penimbang Elektronik, Pemanas Rambut, Stopwatch dan kepingan kuprum.
Thursday, February 13, 2014
Kesibukan seorang Pembantu Makmal
Assalamualaikum ...Sudah lebih 4 bulan saya sudah berkhidmat sebagai seorang Pembantu Makmal di Sekolah.. Setelah masuk bulan 2 ni, makmal sebagai sibuk dengan amali yang telah dipesan oleh guru. Setiap amali ini perlulah disiapkan pada tarikh yang diminta oleh guru tersebut. Sekiranya guru tersebut ingin memohon eksperimen tersebut, beliau hendaklah memohon 3 hari sebelum eksperimen dijalankan. (kalau dah Pro tu sehari pn bleh siap) HUHU :) ...Contoh seperti dibawah.
Borang Pesanan Amali
Setiap guru yang ingin membuat sebarang amali hendaklah memesan dalam borang pesanan amali seperti yang telah disediakan bagi memudahkan Pembantu Makmal tersebut untuk menyediakan bahan-bahan serta radas yang diperuntukkan. Ini juga dapat membantu Pembantu Makmal dalam memastikan bahan yang disediakan mengikut standard yang diperlukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)