Assalamualaikum semua, nampaknya saya bertuah apabila dipilih untuk menyertai kursus induksi yang telah dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Salah satu prosedur yang perlu untuk mendapat pengesahan jawatan adalah dengan menghadiri kursus ini dengan jayanya selama lebih kurang 5 hari. Saya beserta 79 rakan penjawat lain amat bertuah apabila dipilih untuk berkampung di Impiana Hotel Ipoh, Perak. Disana kami berpeluang menimba pelbagai ilmu dan manfaat berguna yang telah disampaikan oleh para penceramah jemputan yang terdiri dari pegawai-pegawai yang berpengalaman dalam jawatan masing-masing.
Sesi Perkenalan Kumpulan sewaktu Hari Pertama Kursus
Sesi Bergambar Kumpulan : Kumpulan Bunga Raya
Walaupun jadual kursus boleh dikatakan padat, namun kami tetap mampu untuk menguruskan masa dengan sebaiknya, (Duk Hotel mmg ler best..4 bintang lak tu.... hehe).. Pengalaman seumpama ini memang tidak boleh dapat dilupakan buat saya serta rakan sekursus yang lain (Happening giler). The Opportunity of a Lifetime....
Sesi Bergambar bersama Urusetia PTM, Penghulu, Penghuluwati serta rakan sejawatan yang lain.