• Home
  • Monday, May 12, 2014

    Lulus ke tidak?

                         Last week, tengah-tengah buat kerja di makmal, dpt berita bahawa keputusan exam JPA dh keluar. Ingatkan keluar bulan depan, tengok2 mmg dh keluar..cmni keputusannya. Syukur alhamdullilah bile result ni keluar sebab lebih cepat semua keluar (Induksi+Exam), lebih cepat lar kita nk dpt sah jawatan dari SPP ni.

    Wednesday, May 7, 2014

    Panduan & Tips Penting untuk Pembantu Makmal (Siri 1)

              Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali. Disini saya ingin kongsikan sedikit panduan dan tips penting untuk pembantu makmal. Semoga ia dpt memberikan sedikit penambahan ilmu buat anda semua...Go Go Go...



     Menanggalkan kesan kotoran, pembersihan serta kedak2 degil sesuatu bahan kimia :

    1) Untuk menanggalkan kesan Iodin :
    - Basuhkan dengan larutan Natrium Tiosulfat 0.1 Molar.

    2) Untuk membersihkan karat yang terdapat di besi :
     - Merendamkan ke dalam asid hidroklorik 2.0 Molar.

    3) Untuk membersihkan kotoran degil Air Kapur/Lime Water/Calcium Hydroxide (3 nama sekali huhu) :
    - Merendamkan ke dalam asid nitrik 1.0-2.0 Molar bergantung pada tahap kekotoran yg ada.

    4) Untuk menghilangkan tanda/kesan Kalium Permanganate (Cecair Ungu Pekat) :
      - Dengan mencampurkan 20 gm Natrium Sulfit dalam 100 ml 2molar asid sulfurik.
      - Dengan merendamkan larutan Ferum (II) Sulfat dicampur sedikit larutan asid sulfurik 1 molar (Boleh digunakan untuk pipette juga)
      - Dengan merendamkan Asid Oksalik 0.50 molar. (sangat berkesan)

    5) Argentum Nitrat (Sangat Mahal)
      - Dengan membersihkan menggunakan iodin atau natrium tiosulfat