Kacang Brazil
-Makan kacang Brazil ini, kacang ini kaya dengan silenium, sejenis mineral yang berupaya membaiki sel dalam tubuh badan dan membunuh sel-sel kanser dalam badan. Kajian yang dilakukan di Universiti Cornell dan Universiti Arizona menunjukkan yang 200 mikrogram selenium setiap hari tanpa membuang kulit membantu mengurangkan 63% risiko tumor prostat, 58% kanser kolorektum, 46% kanser paru-paru dan 39% sakit kanser keseluruhan.
Sayur Brokoli
Siapa tidak kenal sayur ini? walaupun sedikit mahal dari sepupunya cauliflower, brokoli terkenal dengan sifatnya yang membantu badan menghapuskan sel kanser. Disarankan memakan secara celur ataupun dibasuh mentah. Elakkan dari memakan secara gelembang ketuhar nescaya akan merosakkan khasiat yang terdapat di dalamnya.
Buah blueberi
Buah blueberi dikenali sebagai salah satu buah yang kaya dengan antioksidan yang merupakan satu molekul yang bertindak secara semulajadi menentang radikal-radikal berbahaya seperti kanser.
Entri ini akan disambung lagi.....................................