BHPetrol ECard
Kadar penerimaan mata ganjaran BHPetrol Ecard adalah paling berbaloi dan mudah dikira diantara pesaing lain iaitu untuk setiap kali anda isi petrol contoh RM 30 maka anda dikreditkan 30 Mata Ganjaran terkumpul. Berbeza dengan pesaing lain yang memberi point berdasarkan kiraan isian Petrol. Mata Ganjaran anda akan tamat 2 tahun tempohnya dari tempoh anda mengisi petrol tersebut. Dengan terkumpul 550 mata ganjaran anda akan layak membuat penembusan RM 5 isian petrol. Antara faedah lain yg boleh diperolehi sekiranya anda menjadi ahli kad ini adalah anda akan mendapat diskaun bagi Hotel The Royale Bintang Group, Resorts Worlds Genting dan Lim Tayar Service Centre.
The Caltex Journey Card
The Caltex Journey Card adalah satu kad keahlian yang memberikan anda mata ganjaran sekiranya anda mengisi petrol pam di kesemua stesen caltex. Dengan bekerjasama dengan Berjaya Group anda berpeluang menebus 70 jenama dengan lebih 2500 lokasi . Walaupun tidak mengenakan konsep sistem mata ganjaran yang sama dengan BHPetrol Ecard iaitu satu mata ganjaran bersamaan dengan satu liter petrol pam, Caltex Journey Card bukanlah satu kad royalti yang tidak terbaik buat anda.
The Petron Miles Card
Yang ke-3 adalah The Petron Miles Card yang mengambil alih kad kesetiaan sebelum ini iaitu Smiles Card. Kad ini memberi anda keaktifan selama 12 bulan sekiranya anda masih kekal mengisi petrol di Petron berdekatan. Kad ini memberikan mata ganjaran sebanyak 1 point untuk satu ringgit pengisian petrol yang boleh anda isi di 560 stesen Petron. Mata Ganjaran yang dikumpul boleh menebus pengisian petrol, penebusan di dalam stor seperti roti, air minuman, dan tawaran terhebat bersama rakan Petron iaitu di Legoland, AIG, Agoda, Johor Premium Outlets dan lain-lain lagi.