Menanggalkan kesan kotoran, pembersihan serta kedak2 degil sesuatu bahan kimia :
1) Untuk menanggalkan kesan karat
- Boleh dibersihkan menggunakan asid oksalik tetapi memakan masa.
- Perahan jus lemon dengan beberapa titis ammonia
2) Untuk menanggalkan kekotoran Pottasium Chromate (VI)
- Boleh dibersihkan dengan meletakkan larutan Sodium Hydroxide yang bermolar 2 mol keatas.
3) Untuk menanggalkan kekotoran Iron (II) Sulphate yang bertukar menjadi Iron (III) Sulphate (Kekotoran yang berwarna coklat kuning serta berkerak-kerak.
- Boleh dibersihkan dengan meletakkan sedikit asid sulfurik selama beberapa minit 10-15 min kemudian cuci seperti biasa.
Tuesday, February 24, 2015
Friday, February 13, 2015
Aplikasi Penyediaan Bancuhan Larutan Serta Kaedah Pencairan menerusi Aplikasi Mudah Alih
Aplikasi Bancuhan Larutan Segera (Laman Web)
- Kini pembantu makmal tidak perlu lagi pening kepala memikirkan cara yang pantas untuk menyediakan larutan kerana kini terdapat pelbagai aplikasi yang boleh dimuat-turun dan didapati mudah dalam laman web serta di PlayStore untuk pengguna telefon pintar Android.
- Dibawah saya sediakan satu larutan yang amat popular dan seringkali digunakan dalam kebanyakkan eksperimen iaitu Natrium Hidroksida. Tapi sebelum menyediakan Natrium Hidroksida, pastikan anda memakai sarung tangan kerana Natrium Hidroksida adalah bahan menghakis. Bagaimana untuk menyediakan larutan 2 Mol dm-3 untuk Natrium Hidroksida? Berikut langkah-langkahnya :
INFO PENTING!!!!
* Kesilapan yang dilakukan untuk pencairan larutan adalah anda perlu masukkan 25 ml natrium hidroksida dalam 500 ml atau lebih tepat (25 ml Natrium Hidroksida 2 Mol + 475 ml air suling = 0.1 Mol Natrium Hidroksida 500 ml. bukan dengan cara (25 ml Natrium Hidroksida 2 Mol + 500 ml air suling) sudah lebih isipadu larutan jadinya hehe.
* Sekarang anda tidak lagi perlu pening kepala untuk hasilkan sebarang kemolaran dengan adanya aplikasi ini. Anda boleh memuat turun aplikasi ini di Playstore iaitu Molarity Calculator Sigma-Aldrich.
Aplikasi Bancuhan Larutan Segera (Playstore Google di Telefon Android)
- Kini pembantu makmal tidak perlu lagi pening kepala memikirkan cara yang pantas untuk menyediakan larutan kerana kini terdapat pelbagai aplikasi yang boleh dimuat-turun dan didapati mudah dalam laman web serta di PlayStore untuk pengguna telefon pintar Android.
- Dibawah saya sediakan satu larutan yang amat popular dan seringkali digunakan dalam kebanyakkan eksperimen iaitu Natrium Hidroksida. Tapi sebelum menyediakan Natrium Hidroksida, pastikan anda memakai sarung tangan kerana Natrium Hidroksida adalah bahan menghakis. Bagaimana untuk menyediakan larutan 2 Mol dm-3 untuk Natrium Hidroksida? Berikut langkah-langkahnya :
- Lihat di label pembalut bekas Natrium Hidroksida, disitu dinyatakan jumlah jisim formula bagi Natrium Hidroksida iaitu 40 g/mol. Maka berikut adalah langkah pengiraan pantas dengan aplikasi Sigma-Aldrich :
1) Masukkan jumlah jisim formula Natrium Hidroksida di ruangan Formula Weight tersebut.
2) Kemudian masukkan jumlah dalam liter/ml yang diperlukan di ruangan Desired Final Volume. Contoh diatas saya ingin 1 Liter sahaja.
3) Akhir sekali letakkan kepekatan/kemolaran yang anda inginkan di ruangan Desired Concentration. Saya letakkan 2 Mol Natrium Hidroksida.
4) Kemudian klik butang Mass dan anda akan dapat jumlah yang diperlukan untuk hasilkan larutan Natrium Hidroksida yang diperlukan.
- Setelah kita dapatkan larutan 2 Mol Natrium Hidroksida, tiba-tiba ada guru lain yang inginkan larutan Natrium Hidroksida 0.1 Mol sebanyak 500 ml (Pencairan). Bagaimana pula caranya?
1) Ok, pertama sekali anda masukkan jumlah larutan sedia ada dalam stor anda macam tadi kita dah hasilkan 2 Mol Natrium Hidroksida di ruangan Stock Concentration.
2) Kemudian masukkan jumlah yang diperlukan dalam ruangan Desired Final Volume. Kita mahukan 500 ml larutan.
3) Kemudian masukkan pula kepekatan/kemolaran yang diperlukan di ruangan Desired Concentration.
4) Tekan butang Required Volume dan anda akan lihat jumlah yang diperlukan iaitu 25 ml Natrium Hidroksida 2 Mol dalam 500 ml.
* Kesilapan yang dilakukan untuk pencairan larutan adalah anda perlu masukkan 25 ml natrium hidroksida dalam 500 ml atau lebih tepat (25 ml Natrium Hidroksida 2 Mol + 475 ml air suling = 0.1 Mol Natrium Hidroksida 500 ml. bukan dengan cara (25 ml Natrium Hidroksida 2 Mol + 500 ml air suling) sudah lebih isipadu larutan jadinya hehe.
* Sekarang anda tidak lagi perlu pening kepala untuk hasilkan sebarang kemolaran dengan adanya aplikasi ini. Anda boleh memuat turun aplikasi ini di Playstore iaitu Molarity Calculator Sigma-Aldrich.
Subscribe to:
Posts (Atom)