• Home
  • Tuesday, December 29, 2015

    Bercuti di Bali, Indonesia (21 Disember - 24 Disember 2015) Part 2 (Pra Perkara Yang Patut dilakukan)



               Setelah semua tempahan, duit, passport kita telah buat, maka tunggu saja masa untuk berlepas pula. Ok prosedur dalam airport tidaklah serumit yang kita rasa cuma pastikan kita sentiasa berada dalam keadaan sedia. First kita kena pastikan kita telah check in flight, check in flight boleh dilakukan dengan 3 kaedah, tapi yang paling mudah adalah check in melalui kiosk yang terdapat di Kaunter berdekatan dengan Drop Luggage di Tingkat 3 kalau tak silap. Sekiranya anda check in flight menggunakan kaunter, anda akan dikenakan bayaran RM10. so nk save better check in melalui kiosk. Selepas check in anda akan dapat pas boarding, sekiranya anda ada membeli luggage check in, kenalah hantar ke kaunter drop luggage. Selepas setel proses drop luggage barulah pergi ke balai pelepasan dimana ada 3 proses yang perlu dilakukan, imigresen, kastam dan airport security check. 
    Pemeriksaan Imigresen di KLIA 2

          Pemeriksaan kastam dimana anda perlu keluarkan semua benda elektronik di poket, cincin, subang, tali pinggang untuk diletakkan di dalam basket yang disediakan beserta beg galas anda. 


    Papan Status Penerbangan

                          Jangan risau kerana terdapat banyak papan status penerbangan yang diletakkan di merata kawasan di KLIA 2 ini. Pastikan anda berada di Gate Penerbangan 1 Jam sebelum berlepas bagi memudahkan perjalanan anda. Selepas itu, tunggu sahaja di Gate yang telah diberikan berdasarkan boarding pass. 






    Bercuti di Bali, Indonesia (21 Disember - 24 Disember 2015) Part 1 (Pra Perkara Yang Patut dilakukan)


         Assalamualaikum, sudah lama tidak update sebarang entry, disini saya ingin ceritakan pengalaman bercuti di Bali, Indonesia yang baru saya lawati pada tempoh hari. Tapi sebelum itu bagi mereka yang tidak pernah bercuti ke luar negara disini saya ada beberapa panduan untuk anda semua.


     Flight Booking
    Pertama sekali, sebelum kita ingin bercuti, rancanglah terlebih dahulu waktu perjalanan percutian anda dengan memilih tarikh yang sesuai, walaupun saya bersama keluarga memilih waktu puncak namun ianya bukanlah sesuatu yang sukar untuk kita bercuti.


     Setelah membuat booking melalui Air Asia pada awal november yang lalu dengan harga MYR RM 2.5 K untuk 3 orang tiket pergi balik. Sekiranya anda ingin tiket yang jauh lebih murah pastikan membuat tempahan lebih awal kira-kira 3 bulan paling minima untuk dapatkan harga yang jauh lebih murah. Ok, semasa membuat booking pastikan anda mengisi betul-betul nama penumpang sebab saya telah melakukan kesilapan dengan mengisi Title/Gelaran penumpang yang salah, maka kita perlu semula membetulkan melalui http://www.airasia.com/my/en/e-form.page dan di http://www.airasia.com/my/en/live-chat.page  .

    Check Luggage/Bag Dropped

      Sekiranya korang jenis yg suka bawak beg berat kenalah drop luggage dkt kaunter Air Asia. Setiap 20kg harga dia RM 58. Kalau bwk below 7kg boleh naik atas flight. Contoh begg laptop ke, beg sandang, beg tangan dan lain2 beg yg x begitu besar.

    Hotel Booking

     Ok setelah membuat tempahan penerbangan, maka tempahan hotel pula harus ditempah. Saya telah membuat tempahan melalui Agoda.com dengan memilih Wina Holiday Villa sebagai penginapan kami sekeluarga dengan harga sebanyak RM 1K untuk 4 hari 3 malam termasuk sarapan pagi untuk 3 orang. Sekiranya anda ingin memilih hotel yang jauh lebih murah, anda boleh bertanyakan kepada Supir di Bali untuk membuat penempahan bilik hotel yang lebih murah.

    Money Changer/ Pertukaran Wang Asing

     Seeloknya kita tukar duit matawang kita di Malaysia yang menjual duit Rupiah lebih tinggi berbanding di Bali. Di Malaysia boleh dpt RM 1 untuk 3100 IDR. Check google dulu kadar matawang semasa ringgit ke rupiah.

    RM 10 - 31000 IDR
    RM 30 - 93000 IDR
    RM 100 - 318,000 IDR
    * Amaun Bergantung pada Kadar Matawang Antarabangsa Semasa..

    Passport Antarabangsa

     Jabatan Imigresen telah membuat penetapan kadar passport yang baru iaitu RM 200 untuk 5 tahun tempoh sah laku, Anda boleh membuatnya dengan kurang dalam tempoh 1 hari boleh siap.






    Monday, August 24, 2015

    Beli secara online barang berkaitan tugas kerja sebagai Pembantu Makmal?

       

    Topeng Hidung Karbon 4 Lapisan

                Sekiranya anda mementingkan keselamatan dan kesihatan yang berterusan bagi mereka yang menjaga makmal yang terdedah dengan bahan kimia yang memudaratkan, bolehlah membeli topeng hidung bercirikan karbon ini kerana topeng hidung ini jauh lebih baik dari topeng hidung yang sering dibekalkan menggunakan peruntukkan duit sains Antara ciri-ciri yang ada pada topeng ini adalah ia bertindak sebagai bukan penyerap bahan. Seperti entri saya sebelum ini mengatakan bahawa karbon/arang memiliki ciri-ciri anti karsinogen yang menepis sebarang gas-gas berbahaya atau bahan kimia yang bahaya. Dengan adanya topeng hidung ini, anda akan berasa lebih yakin untuk menyediakan bahan yang berbahaya. Pembelian online boleh dibuat menerusi laman berikut di http://www.lelong.com.my/4ply-activated-carbon-face-mask-earloop-50pc-box-m023-yongmf83-159395028-2017-01-Sale-P.htm

    Thursday, April 23, 2015

    Digi memberi ruang kepada para pelanggan dan peminat untuk berforum.


                    Syarikat telekomunikasi mudah alih tempatan, Digi telah memperkenalkan forum "People-powered Hub dalam laman web. Ia seakan merupakan satu forum yang memfokuskan pelanggan berinteraksi bersama syarikat tersebut. Forum ini juga seakan memudahkan buat para pelanggan mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan ciri-ciri perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Digi. Anda boleh terus melayari di laman http://community.digi.com.my/ untuk mengakses terus ke forum tersebut.

    Wednesday, March 11, 2015

    WhatsApp Web.



          Kini anda semua boleh menggunakan aplikasi permesejan WhatsApp secara versi Dekstop, ianya lebih mudah untuk berhubung sekiranya anda ingin menggunakan dalam keadaan segera. Tetapi WhatsApp Web hanya boleh digunakan sekiranya telefon anda dihidupkan dengan pelan data/wifi. Ini bagi mengelakkan kecerobohan akaun WhatsApp itu sendiri. Pastikan telefon anda telah dikemas-kini bagi membolehkan pengguanaan WhatsApp Web ini.

    https://web.whatsapp.com/

    Tuesday, February 24, 2015

    Panduan & Tips Penting untuk Pembantu Makmal (Siri 2)

     Menanggalkan kesan kotoran, pembersihan serta kedak2 degil sesuatu bahan kimia :

    1) Untuk menanggalkan kesan karat
    - Boleh dibersihkan menggunakan asid oksalik tetapi memakan masa.
    - Perahan jus lemon dengan beberapa titis ammonia

    2) Untuk menanggalkan kekotoran Pottasium Chromate (VI)
     - Boleh dibersihkan dengan meletakkan larutan Sodium Hydroxide yang bermolar 2 mol keatas. 

    3) Untuk menanggalkan kekotoran Iron (II) Sulphate yang bertukar menjadi Iron (III) Sulphate (Kekotoran yang berwarna coklat kuning serta berkerak-kerak.
    - Boleh dibersihkan dengan meletakkan sedikit asid sulfurik selama beberapa minit 10-15 min kemudian cuci seperti biasa.


    Friday, February 13, 2015

    Aplikasi Penyediaan Bancuhan Larutan Serta Kaedah Pencairan menerusi Aplikasi Mudah Alih

                                                     Aplikasi Bancuhan Larutan Segera (Laman Web)

    Aplikasi Bancuhan Larutan Segera (Playstore Google di Telefon Android)


            - Kini pembantu makmal tidak perlu lagi pening kepala memikirkan cara yang pantas untuk menyediakan larutan  kerana kini terdapat pelbagai aplikasi yang boleh dimuat-turun dan didapati mudah dalam laman web serta di PlayStore untuk pengguna telefon pintar Android.



          - Dibawah saya sediakan satu larutan yang amat popular dan seringkali digunakan dalam kebanyakkan eksperimen iaitu Natrium Hidroksida. Tapi sebelum menyediakan Natrium Hidroksida, pastikan anda memakai sarung tangan kerana Natrium Hidroksida adalah bahan menghakis.  Bagaimana untuk menyediakan larutan 2 Mol dm-3 untuk Natrium Hidroksida? Berikut langkah-langkahnya :

         
        - Lihat di label pembalut bekas Natrium Hidroksida, disitu dinyatakan jumlah jisim formula bagi Natrium Hidroksida iaitu 40 g/mol. Maka berikut adalah langkah pengiraan pantas dengan aplikasi Sigma-Aldrich : 


       1) Masukkan jumlah jisim formula Natrium Hidroksida di ruangan Formula Weight tersebut.
       2) Kemudian masukkan jumlah dalam liter/ml yang diperlukan di ruangan Desired Final Volume. Contoh diatas saya ingin 1 Liter sahaja.
      3) Akhir sekali letakkan kepekatan/kemolaran yang anda inginkan di ruangan Desired Concentration. Saya letakkan 2 Mol Natrium Hidroksida.
     4) Kemudian klik butang Mass dan anda akan dapat jumlah yang diperlukan untuk hasilkan larutan Natrium Hidroksida yang diperlukan.


    - Setelah kita dapatkan larutan 2 Mol Natrium Hidroksida, tiba-tiba ada guru lain yang inginkan larutan Natrium Hidroksida 0.1 Mol sebanyak 500 ml (Pencairan). Bagaimana pula caranya?



    1) Ok, pertama sekali anda masukkan jumlah larutan sedia ada dalam stor anda macam tadi kita dah hasilkan 2 Mol Natrium Hidroksida di ruangan Stock Concentration.
    2) Kemudian masukkan jumlah yang diperlukan dalam ruangan Desired Final Volume. Kita mahukan 500 ml larutan.
    3) Kemudian masukkan pula kepekatan/kemolaran yang diperlukan di ruangan Desired Concentration.
    4) Tekan butang Required Volume dan anda akan lihat jumlah yang diperlukan iaitu 25 ml Natrium Hidroksida 2 Mol dalam 500 ml. 



    INFO PENTING!!!!


    * Kesilapan yang dilakukan untuk pencairan larutan adalah anda perlu masukkan 25 ml natrium hidroksida dalam 500 ml atau lebih tepat (25 ml Natrium Hidroksida 2 Mol + 475 ml air suling = 0.1 Mol Natrium Hidroksida 500 ml. bukan dengan cara (25 ml Natrium Hidroksida 2 Mol + 500 ml air suling) sudah lebih isipadu larutan jadinya hehe.

    * Sekarang anda tidak lagi perlu pening kepala untuk hasilkan sebarang kemolaran dengan adanya aplikasi ini. Anda boleh memuat turun aplikasi ini di Playstore iaitu Molarity Calculator Sigma-Aldrich.

    Wednesday, January 21, 2015

    3 Kad Kesetiaan Petrol Pam terbaik untuk anda!

             Kembali kita untuk entri kali ini. Kali ini saya ingin terangkan mengenai kad royalti atau kad kesetiaan petrol pam yang terbaik untuk anda. Minyak kan dah turun sekarang (Bulan Januari 2015), apa lagi ronda-ronda lar kita. Bagi yang memang tiada langsung kad royalti ini memang rugi lar sebab anda isi petrol tapi tak dapat apa2. Ok berikut adalah 3 kad royalti terbaik untuk petrol pam.

    BHPetrol ECard
    Kadar penerimaan mata ganjaran BHPetrol Ecard adalah paling berbaloi dan mudah dikira diantara pesaing lain iaitu untuk setiap kali anda isi petrol contoh RM 30 maka anda dikreditkan 30 Mata Ganjaran terkumpul. Berbeza dengan pesaing lain yang memberi point berdasarkan kiraan isian Petrol. Mata Ganjaran anda akan tamat 2 tahun tempohnya dari tempoh anda mengisi petrol tersebut. Dengan terkumpul 550 mata ganjaran anda akan layak membuat penembusan RM 5 isian petrol. Antara faedah lain yg boleh diperolehi sekiranya anda menjadi ahli kad ini adalah anda akan mendapat diskaun bagi Hotel The Royale Bintang Group, Resorts Worlds Genting dan Lim Tayar Service Centre. 

    The Caltex Journey Card 
    The Caltex Journey Card adalah satu kad keahlian yang memberikan anda mata ganjaran sekiranya anda mengisi petrol pam di kesemua stesen caltex. Dengan bekerjasama dengan Berjaya Group anda berpeluang menebus 70 jenama dengan lebih 2500 lokasi . Walaupun tidak mengenakan konsep sistem mata ganjaran yang sama dengan BHPetrol Ecard iaitu satu mata ganjaran bersamaan dengan satu liter petrol pam, Caltex Journey Card bukanlah satu kad royalti yang tidak terbaik buat anda.

    The Petron Miles Card
    Yang ke-3 adalah The Petron Miles Card yang mengambil alih kad kesetiaan sebelum ini iaitu Smiles Card. Kad ini memberi anda keaktifan selama 12 bulan sekiranya anda masih kekal mengisi petrol di Petron berdekatan. Kad ini memberikan mata ganjaran sebanyak 1 point untuk satu ringgit pengisian petrol yang boleh anda isi di 560 stesen Petron. Mata Ganjaran yang dikumpul boleh menebus pengisian petrol, penebusan di dalam stor seperti roti, air minuman, dan tawaran terhebat bersama rakan Petron iaitu di Legoland, AIG, Agoda, Johor Premium Outlets dan lain-lain lagi. 




    Monday, January 12, 2015

    Kembali bersiaran.....

                   Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2015 semua, maaf sudah lama tidak update blog ini. Adakah anda bersedia untuk entri kali ini? Saya nk kongsikan mengenai perkhidmatan yang telah disediakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia yang menawarkan perkhidmatan meminjam buku secara digital. Dalam zaman teknologi ini, Perpustakaan Negara tidak ketinggalan menawarkan perkhidmatan yang bermanfaat untuk kita semua.

                       Anda hanya perlu masuk ke laman rasmi Perpustakaan Negara Malaysia berikut  http://pnm.elib.com.my/  . Kemudian anda perlulah mendaftar sebelum memulakan proses meminjam buku digital. Setakat ini, Perpustakaan Negara Malaysia memberi tempoh selama 7 hari kepada peminjam yang meminjam setiap buku, selepas tempoh tersebut, pihak PNM akan memadamkannya namun anda berpeluang untuk meminjam berulang kali semula bagi yang tidak berkesempatan untuk membaca dalam tempoh yang singkat. Paling best, anda juga boleh meminjam buku menggunakan Perisian Android https://play.google.com/store/apps/details?id=com.esentral.PNMreader dan Perisian I-Pad https://itunes.apple.com/my/app/pnm-e-reader/id756399885?mt=8 . Semoga dengan adanya khidmat yang ditawarkan ini membantu anda untuk menambahkan ilmu pengetahuan lagi.