Tuesday, December 29, 2015
Bercuti di Bali, Indonesia (21 Disember - 24 Disember 2015) Part 1 (Pra Perkara Yang Patut dilakukan)
Assalamualaikum, sudah lama tidak update sebarang entry, disini saya ingin ceritakan pengalaman bercuti di Bali, Indonesia yang baru saya lawati pada tempoh hari. Tapi sebelum itu bagi mereka yang tidak pernah bercuti ke luar negara disini saya ada beberapa panduan untuk anda semua.
Flight Booking
Pertama sekali, sebelum kita ingin bercuti, rancanglah terlebih dahulu waktu perjalanan percutian anda dengan memilih tarikh yang sesuai, walaupun saya bersama keluarga memilih waktu puncak namun ianya bukanlah sesuatu yang sukar untuk kita bercuti.
Setelah membuat booking melalui Air Asia pada awal november yang lalu dengan harga MYR RM 2.5 K untuk 3 orang tiket pergi balik. Sekiranya anda ingin tiket yang jauh lebih murah pastikan membuat tempahan lebih awal kira-kira 3 bulan paling minima untuk dapatkan harga yang jauh lebih murah. Ok, semasa membuat booking pastikan anda mengisi betul-betul nama penumpang sebab saya telah melakukan kesilapan dengan mengisi Title/Gelaran penumpang yang salah, maka kita perlu semula membetulkan melalui http://www.airasia.com/my/en/e-form.page dan di http://www.airasia.com/my/en/live-chat.page .
Check Luggage/Bag Dropped
Sekiranya korang jenis yg suka bawak beg berat kenalah drop luggage dkt kaunter Air Asia. Setiap 20kg harga dia RM 58. Kalau bwk below 7kg boleh naik atas flight. Contoh begg laptop ke, beg sandang, beg tangan dan lain2 beg yg x begitu besar.
Hotel Booking
Ok setelah membuat tempahan penerbangan, maka tempahan hotel pula harus ditempah. Saya telah membuat tempahan melalui Agoda.com dengan memilih Wina Holiday Villa sebagai penginapan kami sekeluarga dengan harga sebanyak RM 1K untuk 4 hari 3 malam termasuk sarapan pagi untuk 3 orang. Sekiranya anda ingin memilih hotel yang jauh lebih murah, anda boleh bertanyakan kepada Supir di Bali untuk membuat penempahan bilik hotel yang lebih murah.
Money Changer/ Pertukaran Wang Asing
Seeloknya kita tukar duit matawang kita di Malaysia yang menjual duit Rupiah lebih tinggi berbanding di Bali. Di Malaysia boleh dpt RM 1 untuk 3100 IDR. Check google dulu kadar matawang semasa ringgit ke rupiah.
RM 10 - 31000 IDR
RM 30 - 93000 IDR
RM 100 - 318,000 IDR
* Amaun Bergantung pada Kadar Matawang Antarabangsa Semasa..
Passport Antarabangsa
Jabatan Imigresen telah membuat penetapan kadar passport yang baru iaitu RM 200 untuk 5 tahun tempoh sah laku, Anda boleh membuatnya dengan kurang dalam tempoh 1 hari boleh siap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment