Setelah semua tempahan, duit, passport kita telah buat, maka tunggu saja masa untuk berlepas pula. Ok prosedur dalam airport tidaklah serumit yang kita rasa cuma pastikan kita sentiasa berada dalam keadaan sedia. First kita kena pastikan kita telah check in flight, check in flight boleh dilakukan dengan 3 kaedah, tapi yang paling mudah adalah check in melalui kiosk yang terdapat di Kaunter berdekatan dengan Drop Luggage di Tingkat 3 kalau tak silap. Sekiranya anda check in flight menggunakan kaunter, anda akan dikenakan bayaran RM10. so nk save better check in melalui kiosk. Selepas check in anda akan dapat pas boarding, sekiranya anda ada membeli luggage check in, kenalah hantar ke kaunter drop luggage. Selepas setel proses drop luggage barulah pergi ke balai pelepasan dimana ada 3 proses yang perlu dilakukan, imigresen, kastam dan airport security check.
Pemeriksaan Imigresen di KLIA 2
Pemeriksaan kastam dimana anda perlu keluarkan semua benda elektronik di poket, cincin, subang, tali pinggang untuk diletakkan di dalam basket yang disediakan beserta beg galas anda.
Papan Status Penerbangan
Jangan risau kerana terdapat banyak papan status penerbangan yang diletakkan di merata kawasan di KLIA 2 ini. Pastikan anda berada di Gate Penerbangan 1 Jam sebelum berlepas bagi memudahkan perjalanan anda. Selepas itu, tunggu sahaja di Gate yang telah diberikan berdasarkan boarding pass.