Monday, November 24, 2014
The Apprentice UK Season 10 (2014)
Helo, Helo, Helo Gen Y.. tentu sekali kita tidak melepaskan peluang untuk tonton pelbagai rancangan realiti TV. Untuk entri kali ini, saya ingin memperkenalkan The Apprentice UK musim ke-10. Mesti korang pernah tengok The Apprentice yg sinonim dengan trademark "Your Fired". So sama juga konsep dia dgn The Apprentice UK ini. Cuma untuk UK, Lord Alan Sugar yang akan memilih calon perantis untuk bekerjasama dalam perniagaan dengan Lord Sugar ini. Untuk musim ke-10 ini, Lord Sugar memilih 20 calon perintis untuk berjuang sesama sendiri selama 12 minggu, disitu terdapat pelbagai drama dan kejutan yang pasti mendebarkan ketika di bilik mesyuarat Lord Sugar. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Perintis Lord Sugar untuk tahun 2014 ini? Jom saksikan The Apprentice UK.
Untuk tonton sila klik di link berikut
: https://www.youtube.com/channel/UCBWGPUSSZdVh5a8jJvI0dbq
Friday, November 7, 2014
Kursus Pembantu Makmal 2014
Assalamualaikum semua, alhamdulillah bertemu kita kembali. Entri kali ini saya ingin kongsikan pengalaman menghadiri kursus buat pertama kali. Ini merupakan kursus pertama saya sebagai pembantu makmal (Selain Kursus Induksi). Setelah lebih 1 tahun bergelar pembantu makmal, saya dihadiahkan oleh Kementerian Pendidikan dengan Kursus Pembantu Makmal ini. Terima kasih KPM kerana menyenarai pendekkan nama saya. Kursus yang berlangsung selama 4 hari ini hanya berdekatan dengan tempat tinggal. 8 km je? huhu..sangat dekat.. Berbeza dengan rakan kursus lain yang jarak melangkau beratus-ratus km...
Jangan jealous yea..keadaan kamar hotel Heritage Hotel Ipoh. yang bestnya kursus ni asyik makan je.. bayangkan 6 kali sehari kami dijamah dengan makanan. Badan bleh naik mendadak lepas balik kursus ni. :P
Beginilah rupa jadual kursus sepanjang 4 hari di Heritage Hotel Ipoh. Nampak seakan padat tapi sarat dengan pelbagai manfaat yang berguna buat kami sebagai pembantu makmal.
Ok, dalam banyak-banyak slot yang terdapat di kursus tempoh hari, saya amat menyukai slot Pengenalan dan Pengendalian Mikroorganisma yang dikendalikan oleh Dr. Hanisom dari Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bukan senang nak dapat ilmu dari seorang Doktor ni, rasa teruja giler... Kenapa saya admired most slot ini sebab sewaktu di sekolah saya memang minat belajar mengenai mikroorganisma. Bayangkan mikroorganisma yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, mampu untuk membunuh seekor hidupan yang besar. Unik sungguh ciptaan Tuhan ini. Kalau nk video nanti boleh emailkan dekat sy. xda hal untuk kongsi bersama.
Ok hari-hari terakhir di kursus normally peserta akan meminta untuk bergambar right utk kenangan. Maka tidak terkecuali untuk kursus ini buat menjadi kenangan bersama. Seramai 40 pembantu makmal yang terdiri dari 3 negeri iaitu Perak, Perlis dan Pulau Pinang. Loghat utara hampir terbawak-bawak smpai umh sebab kwn2 sume ckp utara.
Siap bergambar lagi dengan kawan-kawan kursus. Memang terbaik..
Monday, November 3, 2014
Dengan perkhidmatan PCBS, telefon yang dicuri dan hilang tidak boleh digunakan
Assalamualaikum semua, sudah menjengah ke bulan November akhirnya, sempena bulan november ini, saya akan ceritakan sedikit info mengenai teknologi untuk semua. Mungkin ada diantara kita yang pernah hilang telefon bimbit atau dicuri, namun kita tidak pernah ketahui yang hari ini satu perkhidmatan yang dikenali sebagai PCBS yang menggunakan nombor Mobile Equipment Identity (IMEI) untuk menyekat atau mengaktifkan semula telefon bimbit yang telah hilang atau dicuri. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, pengguna hendaklah terlebih dahulu mendaftar dengan syarikat telekomunikasi masing-masing. Setelah diberitahu, pihak telekomunikasi akan memeriksa rekod mereka untuk nombor IMEI telefon bimbit tersebut. Kemudian, nombor IMEI akan diserahkan kepada sistem PCBS dengan permintaan sama ada untuk menyekat atau mengaktifkan semula telefon bimbit itu. PBCB juga akan menyebarkan maklumat untuk sama ada menyekat atau mengaktifkan semula telefon bimbit itu kepada semua pengendali syarikat telekomunikasi mudah alih di seluruh negara. Sejurus itu, pihak telekomunikasi akan menyekat atau mengaktifkan semula telefon tersebut.
Daftarkan peranti anda di PBCB secara percuma hari ini, Boleh didaftarkan sehingga 10 peranti untuk setiap pengguna. Klik dibawah untuk pendaftaran PBCB :
https://www.blockmyphone.my/PCBS/promotional?request_locale=ms
Daftarkan peranti anda di PBCB secara percuma hari ini, Boleh didaftarkan sehingga 10 peranti untuk setiap pengguna. Klik dibawah untuk pendaftaran PBCB :
https://www.blockmyphone.my/PCBS/promotional?request_locale=ms
Sunday, September 21, 2014
Movie again! As Above, So Below
Bertemu kembali, kali ini saya ingin kongsikan tentang filem seram menggunakan teknik rakaman "Found Footage" iaitu "As Above So Below" mengisahkan seorang ahli arkeologi bernama Scarlett Marlower yang masih mencari batu misteri yang berupaya mengubati seseorang. Disebalik pencarian bersama rakan-rakan yang lain, pelbagai benda misteri dan seram ditemui Scarlett serta rakanya yang lain di bawah jalan tanah. Filem ini sesuai buat mereka yang gemarkan pengalaman seram serta suspens. Masih berbaloi untuk ditonton.
Sunday, September 14, 2014
Double Maniac I & II
Assalamualaikum dan Selamat Bercuti Sekolah yang telah bermula semalam, entri kali ini saya ingin kongsikan "DOUBLE MANIAC" yang berlaku sepanjang minggu lepas.
1) Double Maniac I : Tukarlah ke Altel hari ini.
Jom tukar ke rangkaian Altel hari ini, ternyata ia memang "Menyatukan Komuniti" dalam slogan rangkaian altel ini. Mengapa kita patut menggunakan rangkaian altel ini?
- Dengan hanya 1GB data internet, ada dapat mampu bertahan hingga ke hari 90, jauh lebih baik dari pengendali rangkaian sedia ada.
- Liputan yang luas di seluruh negara, anda tidak perlu risau kerana Altel telah bekerjasama dengan Celcom bagi berkongsi liputan yang sama.
- Hanya tambah RM10 untuk menukar nombor sedia ada ke Altel dan diisi dengan RM5 isian kredit ke dalam nombor sedia ada apabila anda menukar ke Altel.
2) Double Maniac II : The Maze Runner
Filem The Maze Runner yang kini hangat di pawagam sehingga kita tidak sanggup untuk berganjak walau seminit pun di kerusi wayang, manakan tidak, filem yang sarat dengan fiksyen sains ini memaparkan persoalan yang dimana penonton dapat terokai sendiri isi tersurat dan tersirat filem The Maze Runner ini. Dengan sarat dengan nilai-nilai persahabatan dan sifat kerjasama di dalam pasukan, Filem The Maze Runner adalah filem yang wajib ditonton sekiranya anda seorang yang gemar berfikiran di luar kotak.
Thursday, September 11, 2014
Distilled Water? Kenapa perlu Distilled Water?
Air Suling
Dalam banyak-banyak cecair di dalam makmal, air suling merupakan satu cecair yang bebas dari kehadiran sebarang mineral dan lain-lain benda asing. Air suling penting dalam menentukan keputusan sesuatu eksperimen yang dijalankan. Dari erti kata lain, jika kita menggunakan air suling untuk buat sesuatu larutan, semestinya larutan tersebut tidak akan menjadi songsang atau tercemar. Justeru air suling merupakan salah satu elemen penting dalam keberkesanan sesuatu eksperimen yang berkaitan. Kekerapan penggunaan air suling berbeza diantara setiap sekolah. Bagi sekolah yang mempunyai Tingkatan 6 Sains, penggunaan air suling merupakan salah satu bahan yang paling kerap digunakan baik pembantu makmal mahupun pelajar.
Monday, August 4, 2014
Bagaimana untuk melawan risiko terdedahnya daripada karsinogen di dalam makmal? Part 2
Sambungan dari entri pertama.....
Beli bahan organik
- Bahan organik adalah lebih baik kerana ia kurang tercemar dari racun-racun perosak yang terdapat dalam sayur-sayuran serta buah-buahan. Meskipun ada kerap mengambil buah-buahan segar, namun ia tidak terlepas dari dicemari racun.
Air Kelapa
Khasiat air kelapa adalah membantu anda untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman di dalam tubuh badan, menstabilkan tahap PH seseorang serta mengurangkan risiko penyakit kanser.
Buah-buahan anti-oksidan
Thursday, July 17, 2014
Bagaimana untuk melawan risiko terdedahnya daripada karsinogen di dalam makmal?
Entri lepas saya telah nyatakan bahawa memang risiko terkena karsinogen sebagai Pembantu Makmal wujud..Harini saya akan berikan sedikit panduan yang boleh kita ikuti bagi mengekalkan tahap kesihatan kita walaupun bahaya dalam makmal seperti karsinogen ini ada.
Kacang Brazil
-Makan kacang Brazil ini, kacang ini kaya dengan silenium, sejenis mineral yang berupaya membaiki sel dalam tubuh badan dan membunuh sel-sel kanser dalam badan. Kajian yang dilakukan di Universiti Cornell dan Universiti Arizona menunjukkan yang 200 mikrogram selenium setiap hari tanpa membuang kulit membantu mengurangkan 63% risiko tumor prostat, 58% kanser kolorektum, 46% kanser paru-paru dan 39% sakit kanser keseluruhan.
Sayur Brokoli
Siapa tidak kenal sayur ini? walaupun sedikit mahal dari sepupunya cauliflower, brokoli terkenal dengan sifatnya yang membantu badan menghapuskan sel kanser. Disarankan memakan secara celur ataupun dibasuh mentah. Elakkan dari memakan secara gelembang ketuhar nescaya akan merosakkan khasiat yang terdapat di dalamnya.
Buah blueberi
Buah blueberi dikenali sebagai salah satu buah yang kaya dengan antioksidan yang merupakan satu molekul yang bertindak secara semulajadi menentang radikal-radikal berbahaya seperti kanser.
Entri ini akan disambung lagi.....................................
Thursday, July 10, 2014
Karsinogen dalam kehidupan seorang Pembantu Makmal?
Adakah menjadi seorang pembantu makmal terdedah dengan karsinogen? Apakah punca-punca penyebab karsinogen ini? Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan karsinogen ini dan apakah langkah-langkah awal yang boleh dilakukan untuk mencegah karsinogen yang berbahaya ini?
Sebagai seorang pembantu makmal, risiko untuk terdedah dengan bahan-bahan kimia memang ada, namun akan tetapi, langkah keselamatan dan peraturan perlulah sentiasa diutamakan sekiranya untuk mengurangkan risiko terdedah dengan karsinogen ini.
Apa itu karsinogen?
Langkah mengurangkan risiko terdedah dengan karsinogen berbahaya :
* Dengan sentiasa memakai topeng pernafasan yang sempurna
* Memastikan mengendalikan bahan kimia berbahaya spt acetone,propanol, asid pekat, bromin, klorin dan iodine (Bahan yang sering digunakan dalam eksperimen sekolah). Pastikan dilakukan dalam kebuk wasap yang berfungsi dengan baik..(Jangan ikut ckp org kalau mereka xnk buat dlm kebuk...kesihatan anda, anda yang jaga).
* Pastikan udara sentiasa masuk ke dalam makmal dan bilik persediaan makmal agar mengurangkan bau-bau bahan kimia.
* Pastikan exhaust fan di stor makmal berfungsi dengan baik.
* Asingkan bahan kimia mengikut kelasnya bahan kimia organik dan bukan organik.
Monday, May 12, 2014
Lulus ke tidak?
Last week, tengah-tengah buat kerja di makmal, dpt berita bahawa keputusan exam JPA dh keluar. Ingatkan keluar bulan depan, tengok2 mmg dh keluar..cmni keputusannya. Syukur alhamdullilah bile result ni keluar sebab lebih cepat semua keluar (Induksi+Exam), lebih cepat lar kita nk dpt sah jawatan dari SPP ni.
Wednesday, May 7, 2014
Panduan & Tips Penting untuk Pembantu Makmal (Siri 1)
Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali. Disini saya ingin kongsikan sedikit panduan dan tips penting untuk pembantu makmal. Semoga ia dpt memberikan sedikit penambahan ilmu buat anda semua...Go Go Go...
Menanggalkan kesan kotoran, pembersihan serta kedak2 degil sesuatu bahan kimia :
1) Untuk menanggalkan kesan Iodin :
- Basuhkan dengan larutan Natrium Tiosulfat 0.1 Molar.
2) Untuk membersihkan karat yang terdapat di besi :
- Merendamkan ke dalam asid hidroklorik 2.0 Molar.
3) Untuk membersihkan kotoran degil Air Kapur/Lime Water/Calcium Hydroxide (3 nama sekali huhu) :
- Merendamkan ke dalam asid nitrik 1.0-2.0 Molar bergantung pada tahap kekotoran yg ada.
4) Untuk menghilangkan tanda/kesan Kalium Permanganate (Cecair Ungu Pekat) :
- Dengan mencampurkan 20 gm Natrium Sulfit dalam 100 ml 2molar asid sulfurik.
- Dengan merendamkan larutan Ferum (II) Sulfat dicampur sedikit larutan asid sulfurik 1 molar (Boleh digunakan untuk pipette juga)
- Dengan merendamkan Asid Oksalik 0.50 molar. (sangat berkesan)
5) Argentum Nitrat (Sangat Mahal)
- Dengan membersihkan menggunakan iodin atau natrium tiosulfat
Menanggalkan kesan kotoran, pembersihan serta kedak2 degil sesuatu bahan kimia :
1) Untuk menanggalkan kesan Iodin :
- Basuhkan dengan larutan Natrium Tiosulfat 0.1 Molar.
2) Untuk membersihkan karat yang terdapat di besi :
- Merendamkan ke dalam asid hidroklorik 2.0 Molar.
3) Untuk membersihkan kotoran degil Air Kapur/Lime Water/Calcium Hydroxide (3 nama sekali huhu) :
- Merendamkan ke dalam asid nitrik 1.0-2.0 Molar bergantung pada tahap kekotoran yg ada.
4) Untuk menghilangkan tanda/kesan Kalium Permanganate (Cecair Ungu Pekat) :
- Dengan mencampurkan 20 gm Natrium Sulfit dalam 100 ml 2molar asid sulfurik.
- Dengan merendamkan larutan Ferum (II) Sulfat dicampur sedikit larutan asid sulfurik 1 molar (Boleh digunakan untuk pipette juga)
- Dengan merendamkan Asid Oksalik 0.50 molar. (sangat berkesan)
5) Argentum Nitrat (Sangat Mahal)
- Dengan membersihkan menggunakan iodin atau natrium tiosulfat
Sunday, April 13, 2014
Hujung Minggu : Oculus
Filem Oculus yang ditayangkan di pawagam memaparkan kisah dimana seorang wanita bernama Kaylie Russell yang ingin membuktikan bahawa cermin antik berpuaka yang menyebabkan ibu-bapa Kaylie mati dengan turut sekali membantu adik kesayangan lelakinya iaitu Tim Russell dalam menangkis dakwaan bahawa adiknya telah melakukan pembunuhan terhadap ayahnya sewaktu kecil. Dapatkah Kaylie dan Tim memusnahkan cermin puaka itu kembali....saksikan di pawagam berhampiran anda..18 tahun keatas!!
Saturday, March 15, 2014
Program Transformasi Minda Siri 4/2014 (^_^)
Assalamualaikum semua, nampaknya saya bertuah apabila dipilih untuk menyertai kursus induksi yang telah dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Salah satu prosedur yang perlu untuk mendapat pengesahan jawatan adalah dengan menghadiri kursus ini dengan jayanya selama lebih kurang 5 hari. Saya beserta 79 rakan penjawat lain amat bertuah apabila dipilih untuk berkampung di Impiana Hotel Ipoh, Perak. Disana kami berpeluang menimba pelbagai ilmu dan manfaat berguna yang telah disampaikan oleh para penceramah jemputan yang terdiri dari pegawai-pegawai yang berpengalaman dalam jawatan masing-masing.
Sesi Perkenalan Kumpulan sewaktu Hari Pertama Kursus
Sesi Bergambar Kumpulan : Kumpulan Bunga Raya
Walaupun jadual kursus boleh dikatakan padat, namun kami tetap mampu untuk menguruskan masa dengan sebaiknya, (Duk Hotel mmg ler best..4 bintang lak tu.... hehe).. Pengalaman seumpama ini memang tidak boleh dapat dilupakan buat saya serta rakan sekursus yang lain (Happening giler). The Opportunity of a Lifetime....
Sesi Bergambar bersama Urusetia PTM, Penghulu, Penghuluwati serta rakan sejawatan yang lain.
Tuesday, February 25, 2014
Peperiksaan ditempuhi buat pertama kali...
Assalamualaikum semua, setelah 4 bulan lebih berkhidmat, hari ini saya telah menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Bagi Pembantu Makmal Gred C17 yang bertempat di BTPN Perak. Seperti yang dijangkakan soalan merangkumi semua aspek dari keselamatan, kecekapan dalam PnP, Radas yang digunakan ketika eksperimen dan fungsinya..Berikut saya selitkan soalan yang keluar mengikut bahagian masing-masing.
* Bahagian 2 (40 Soalan Objektif) 1 Jam
- Formula/Simbol Asid Hidroklorik
- Jenis Litar
- Kaliper
- Mol
- Simbol Bahan Berbahaya
- Langkah apabila seseorang terkena kebakaran
- Kerosakan ICT perlu dilapor kepada?
- Penyelenggaraan Stok
- Bacaan ammeter yang diberikan
* Bahagian 3 (8 Soalan Struktur) jawab 5 sahaja
- Labelkan radas dan fungsi tertentu dalam radas tersebut untuk sesuatu eksperimen yang dijalankan
- Cara menghilangkan kotoran seperti air kapur, iodin, kalium permanganate, dan karat
- Alatan keselamatan di makmal serta fungsinya
- Soalan berkaitan Stok
- Soalan mengenai simbol elektrik serta lukiskan simbol untuk litar
- Soalan mengenai Micrometer
Diharap, dengan ada panduan ini, anda dapat menggunakannya untuk rujukan sewaktu anda menduduki peperiksaan nanti..
* Bahagian 2 (40 Soalan Objektif) 1 Jam
- Formula/Simbol Asid Hidroklorik
- Jenis Litar
- Kaliper
- Mol
- Simbol Bahan Berbahaya
- Langkah apabila seseorang terkena kebakaran
- Kerosakan ICT perlu dilapor kepada?
- Penyelenggaraan Stok
- Bacaan ammeter yang diberikan
* Bahagian 3 (8 Soalan Struktur) jawab 5 sahaja
- Labelkan radas dan fungsi tertentu dalam radas tersebut untuk sesuatu eksperimen yang dijalankan
- Cara menghilangkan kotoran seperti air kapur, iodin, kalium permanganate, dan karat
- Alatan keselamatan di makmal serta fungsinya
- Soalan berkaitan Stok
- Soalan mengenai simbol elektrik serta lukiskan simbol untuk litar
- Soalan mengenai Micrometer
Diharap, dengan ada panduan ini, anda dapat menggunakannya untuk rujukan sewaktu anda menduduki peperiksaan nanti..
Saturday, February 15, 2014
Eksperimen Tingkatan 6 atau Pra-Universiti
Sebagai salah satu Pembantu Makmal yang bertugas di Tingkatan 6, pada mulanya saya rasakan ianya amat berat buat saya yang tidak mengambil sains tulen sewaktu di sekolah dahulu. Namun, setelah hari-hari mempelajari pelbagai perkara, tunjuk ajar senior-senior dan rujukan dari Internet. Saya telahpun berjaya mengharungi kesusahan tersebut dengan eksperimen-eksperimen berikut. Kali ini, saya ingin kongsikan eksperimen 7 untuk Tingkatan 6 semester 2 iaitu "Electrochemisty" iaitu eksperimen dimana untuk mengenalpasti peratusan ketulenan kuprum dalam elektrolisis.
Pelajar sedang menyiapkan eksperimen 7 Tingkatan 6 semester 2
Antara bahan kimia dan radas yang perlu disediakan oleh saya untuk eksperimen ini adalah :
* Larutan Kuprum (II)Sulfat CuSO4 10 liter
* Bahan Organik : Cecair Acetone yang mudah terbakar..(Bahaya sekiranya diletakkan dalam plastik)..Gunakan Acetone dalam kebuk wasap.
* Ammeter, Rheostat, Power Supply, Wayar Penyambung.
* Penimbang Elektronik, Pemanas Rambut, Stopwatch dan kepingan kuprum.
Thursday, February 13, 2014
Kesibukan seorang Pembantu Makmal
Assalamualaikum ...Sudah lebih 4 bulan saya sudah berkhidmat sebagai seorang Pembantu Makmal di Sekolah.. Setelah masuk bulan 2 ni, makmal sebagai sibuk dengan amali yang telah dipesan oleh guru. Setiap amali ini perlulah disiapkan pada tarikh yang diminta oleh guru tersebut. Sekiranya guru tersebut ingin memohon eksperimen tersebut, beliau hendaklah memohon 3 hari sebelum eksperimen dijalankan. (kalau dah Pro tu sehari pn bleh siap) HUHU :) ...Contoh seperti dibawah.
Borang Pesanan Amali
Setiap guru yang ingin membuat sebarang amali hendaklah memesan dalam borang pesanan amali seperti yang telah disediakan bagi memudahkan Pembantu Makmal tersebut untuk menyediakan bahan-bahan serta radas yang diperuntukkan. Ini juga dapat membantu Pembantu Makmal dalam memastikan bahan yang disediakan mengikut standard yang diperlukan.
Sunday, January 12, 2014
Asid yang Popular di Makmal Sekolah
Di sekolah, terdapat ratusan bahan kimia yang sering digunakan oleh Pembantu Makmal untuk menjalankan eksperimen di makmal. Antara bahan yang sering digunakan adalah asid. Asid terbahagi kepada asid yang kuat dan menghakis dan juga asid yang lemah. Mari kita lihat asid yang sering digunakan dalam makmal sekolah. Langkah keselamatan untuk menjalankan larutan pencairan asid amatlah penting kerana asid adalah satu bahan yang sangat kuat menghakis dan berbahaya pada kesihatan kita. Persediaan untuk menyediakan bahan ini adalah di dalam kebuk wasap. Jangan sesekali leka dan tidak mematuhi Standard Operation Procedure untuk menyediakan/membancuh asid-asid ini.
Asid Sulphurik H2SO4 asid mineralyang kuat dan menghakis. Asid ini paling ganas sekiranya bertindak balas dengan air berbanding yang lain.
Asid Hidroklorik HCI asid yang terdapat dalam perut kita dan mempunyai kehakisan yang sangat tinggi juga, mempunyai bau yang bucuk yang tajam terhadap pernafasan sekiranya terhidu asid hidroklorik pekat.
Asid Nitrik HNO3 merupakan asid yang sangat menghakis dan bertoksik. Asid yang tulen tidak berwarna namun sampel yang disimpan lama menjadi kuning akibat pembentukan nitrogen oksida.
Sunday, January 5, 2014
Tugasan sewaktu Cuti Sekolah 2013
Assalamualaikum kwn2 semua, akhirnya kita telah pun melangkah tahun 2014 setelah 2013 meninggalkan kita. Pada hujung-hujung tahun lalu, saya telah laksanakan satu transformasi kecil terhadap makmal-makmal jagaan saya iaitu dengan menambahkan sedikit keceriaan yang saya rasa patut dilakukan.
Makmal Kimia yang telah diceriakan
Konklusinya, dengan ada sedikit keceriaan ini, dapatlah memudahkan pembelajaran dan pengajaran antara kedua pihak. huhuhu...
|
Subscribe to:
Posts (Atom)