Assalamualaikum semua, sudah menjengah ke bulan November akhirnya, sempena bulan november ini, saya akan ceritakan sedikit info mengenai teknologi untuk semua. Mungkin ada diantara kita yang pernah hilang telefon bimbit atau dicuri, namun kita tidak pernah ketahui yang hari ini satu perkhidmatan yang dikenali sebagai PCBS yang menggunakan nombor Mobile Equipment Identity (IMEI) untuk menyekat atau mengaktifkan semula telefon bimbit yang telah hilang atau dicuri. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, pengguna hendaklah terlebih dahulu mendaftar dengan syarikat telekomunikasi masing-masing. Setelah diberitahu, pihak telekomunikasi akan memeriksa rekod mereka untuk nombor IMEI telefon bimbit tersebut. Kemudian, nombor IMEI akan diserahkan kepada sistem PCBS dengan permintaan sama ada untuk menyekat atau mengaktifkan semula telefon bimbit itu. PBCB juga akan menyebarkan maklumat untuk sama ada menyekat atau mengaktifkan semula telefon bimbit itu kepada semua pengendali syarikat telekomunikasi mudah alih di seluruh negara. Sejurus itu, pihak telekomunikasi akan menyekat atau mengaktifkan semula telefon tersebut.
Daftarkan peranti anda di PBCB secara percuma hari ini, Boleh didaftarkan sehingga 10 peranti untuk setiap pengguna. Klik dibawah untuk pendaftaran PBCB :
https://www.blockmyphone.my/PCBS/promotional?request_locale=ms
No comments:
Post a Comment