• Home
  • Friday, November 7, 2014

    Kursus Pembantu Makmal 2014



                            Assalamualaikum semua, alhamdulillah bertemu kita kembali. Entri kali ini saya ingin kongsikan pengalaman menghadiri kursus buat pertama kali. Ini merupakan kursus pertama saya sebagai pembantu makmal (Selain Kursus Induksi). Setelah lebih 1 tahun bergelar pembantu makmal, saya dihadiahkan oleh Kementerian Pendidikan dengan Kursus Pembantu Makmal ini. Terima kasih KPM kerana menyenarai pendekkan nama saya. Kursus yang berlangsung selama 4 hari ini hanya berdekatan dengan tempat tinggal. 8 km je? huhu..sangat dekat.. Berbeza dengan rakan kursus lain yang jarak melangkau beratus-ratus km...



                          Jangan jealous yea..keadaan kamar hotel Heritage Hotel Ipoh. yang bestnya kursus ni asyik makan je.. bayangkan 6 kali sehari kami dijamah dengan makanan. Badan bleh naik mendadak lepas balik kursus ni. :P 


                            Beginilah rupa jadual kursus sepanjang 4 hari di Heritage Hotel Ipoh. Nampak seakan padat tapi sarat dengan pelbagai manfaat yang berguna buat kami sebagai pembantu makmal.



                   Ok, dalam banyak-banyak slot yang terdapat di kursus tempoh hari, saya amat menyukai slot Pengenalan dan Pengendalian Mikroorganisma yang dikendalikan oleh Dr. Hanisom dari Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bukan senang nak dapat ilmu dari seorang Doktor ni, rasa teruja giler... Kenapa saya admired most slot ini sebab sewaktu di sekolah saya memang minat belajar mengenai mikroorganisma. Bayangkan mikroorganisma yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, mampu untuk membunuh seekor hidupan yang besar. Unik sungguh ciptaan Tuhan ini. Kalau nk video nanti boleh emailkan dekat sy. xda hal untuk kongsi bersama.


                         Ok hari-hari terakhir di kursus normally peserta akan meminta untuk bergambar right utk kenangan. Maka tidak terkecuali untuk kursus ini buat menjadi kenangan bersama. Seramai 40 pembantu makmal yang terdiri dari 3 negeri iaitu Perak, Perlis dan Pulau Pinang. Loghat utara hampir terbawak-bawak smpai umh sebab kwn2 sume ckp utara.


       Siap bergambar lagi dengan kawan-kawan kursus. Memang terbaik.. 






    2 comments:

    1. macam kenal ali baba ni..
      jmpe dlm group makmal sains kat fb..
      hehe..
      salam kenal..
      saye pmbtnu makmal jgk!

      ReplyDelete
      Replies
      1. ha'a sy lah individu yg cik Ezy ckpkan tu..hehe..cmne keja ok?

        Delete