• Home
  • Tuesday, January 12, 2016

    Bercuti di Bali, Indonesia (21 Disember - 24 Disember 2015) Part 4 : Hari Kedua di Bali

    Sebelum memulakan perjalanan penuh hari pertama di Bali, Epoi serta keluarga menikmati sarapan pagi Buffet di Wina Holiday Villa Bali. Makanan yang pelbagai mengikut citarasa Indonesia dan Malaysia Epoi rasakan ia sedap dinikmati. Sebab itu Epoi dan keluarga memilih untuk menginap disini disebabkan buffet yang disediakan adalah halal.
    Sebelum bertolak dengan Supir, sedikit gambar pemadangan Villa ini saya tangkap iaitu Beji Bar. Beji Bar merupakan satu bar berkonsepkan ala bali yang menjual minuman keras dan cocktail.








    Seawal jam 9 pagi, kami sekeluarga di bawa oleh Supir untuk menonton Barong Dance di Bali ini. Ia merupakan satu tarian tradisional masyarakat Bali. Tiket untuk masuk adalah 30 Ribu Rupiah.


    Kemudian kami dibawa ke Gedung Pembuatan Batik di Bali. 

    Dibawa kemudiannya oleh supir kami ke Galeri Lukisan. Sangat unik lukisan ini.

    Kemudian pula, kami dibawa ke Kawasan Sejuk di Ubud, Bali. Disini kelihatan seekor musang/luwak. Kopi Luwak merupakan terkenal dengan harga kopi yang termahal di dunia. Kopi Luwak adalah seduhan kopi menggunakan biji kopi yang diambil dari sisa kotoran luwak/musang kelapa.


    Jenis-jenis kopi yang ditunjukkan kepada pengunjung dan pembeli kopi. Antaranya kopi luwak itu sendiri.

     
    Dihidangkan pula secara percuma pelbagai jenis kopi, coklat panas dan teh manggis percuma. Cuma yang perlu bayar secawan kopi luwak (optional) berharga 50 Ribu Rupiah.

    Disini juga mereka menjual produk tersebut dengan harga yang agak mahal namun keluarga Epoi membelinya juga. Kami membeli kopi luwak serta teh manggis untuk di bawa pulang. Jumlah duit yang dihabiskan sahaja di sini lebih kurang RM 200-RM 300.

     Setelah selesai mengunjungi lokasi kopi luwak di Ubud, kami meneruskan perjalanan ke Kintamani, Bali. Disana anda boleh melihat gunung berapi disamping makan mengadap pemandangan gunung tersebut. Cuaca yang nyaman memang superbb!!! Tetapi ingat disini makannya dikenakan secara buffet dengan harga yang mahal.

    Selfie di belakang Gunung Kintamani

    Belakang Gunung tu....

    Bersama orang Lokal






    No comments:

    Post a Comment