Welcome Back Blog Readers!!! Kini Epoi diberi peluang untuk sekali lagi berkongsi pengalaman epoi bersama anda. Kali ini di Ho Chi Minh Vietnam. Sebelum berlepas, seperti biasa, passport, duit Vietnam Dong dan Sifir Matawang diperlukan , Sifir bagi memudahkan panduan membelanjakan wang. Saya syorkan anda tukarkan duit Vietnam Dong dengan kadar yang sedikit macam 500k Dong sudah memadai. Sebab disana Ringgit Malaysia amat digunakan meluas di sekitar Benh Thanh Market, District 1. Ok untuk tiket flight, Epoi hanya membayar RM 204 untuk pergi balik, sangat murah. Untuk Booking Hotel, saya memilih agoda.com yang sememangnya menawarkan harga yang berpatutan.
Terlelap di KLIA 2 menunggu flight yang berjam-jam lamanya
Bas berhawa dingin
5000 Viet. Dong / RM 1 tiket bas. (Murah)
Setibanya di Airport Tan Son Nhat, ada diberi pilihan sama ada untuk menggunakan teksi atau bas. Epoi memilih bas disebabkan kadarnya amat rendah berbanding teksi. Harga tambang sehala adalah 5000k Dong/RM 1. Sekiranya anda membawa luggage besar bersama, konduktor bas akan mengenakan caj dua kali. Bas yang perlu dicari adalah di luar pintu keluar airport, berhadapan Burger King. Pastikan anda memilih bas bernombor 152. Bas tersebut akan bawa anda terus ke Stesen Bas Ben Thanh Market di District 1 dalam 15-25 minit perjalanan.
Ok ni optional lar, sekiranya korang jenis yang suka tour, boleh amik tour AN Travel dekat Benh Thanh Market ni, Harga Daily Tour ke Mekong Delta seorang dalam 190k Dong sahaja. Boleh rujuk tentatif daily tour ke Mekong di website diorang http://www.antravel.com.vn/tuyen-tour-du-lich-mien-tay-my-tho-ben-tre-1-ngay-92.html . Dalam website ada banyak lagi jenis tour yang diorg provide. Harganya jauh lebih murah dari travel agent yang lain di sini. As to remind u guys, masa dalam tour nanti, jangan makan lunch yang disediakan di restoran yang mereka bawa sebab non halal food malah makanan eksotik juga disediakan. To Be Continued..
No comments:
Post a Comment