• Home
  • Sunday, November 27, 2016

    Bercuti di Perth, WA Nov 2016 (Hari Ketiga 1 Nov 2016 )

               Alahai dah masuk hari ke-3 di Perth rupanya. Okay pada Day-3 di Perth, Epoi nk highlight pergi satu tempat ini iaitu Lake Monger dimana tasik yang terkenal di Perth yang mempunyai Angsa Hitam. Lake Monger ni tak dalam 15 minit drive dari Bandar Perth. Hari ke-3 ni byk kearah window shopping je kiranya.
    Angsa Hitam dengan Itik
         
     
    Ok ni shot Close-Up dengan SwanHitam tersebut. Serius wei, swan ni bengis dan liar. Even itik sebelah tu pun takot kena sodok dengan  Swan hitam tu.. haha.

    Selfie dari jauh. Hehe..













    Saturday, November 19, 2016

    Bercuti di Perth, WA Nov 2016 (Hari Kedua 31 Ot 2016 )

             Hari kedua di Perth, aku dan famili singgah ke Whiteman Park yang hanya 10-15 minit memandu dari rumah Epoi menginap. Whiteman Park ini kira taman yang sangat besar sebab dalamnya ada terdapat pelbagai tarikan untuk pelancong antaranya Caversham Wildlife, Muzium Traktor, Muzium motor, Whiteman Bus Tour dan lain-lain. Setiap darinya ada yang berbayar dan ada yang percuma, contohnya macam Caversham Wildlife perlu tiket berbayar.
    Harga Tiket terkini di Caversham









    Slot Masa Tarikan di Caversham

    Burung di Caversham Wildlife

    Bersama si comel wombat.



    Si Koala



    Bergambar dengan Sang Ular
    The Whiteman Explorer



    Kemudian aku dan keluarga ke Whiteman Explorer yang hanya berdekatan dengan Caversham Wildlife. Hanya dibuka pada hari isnin dan mempunyai 2 slot masa sahaja iaitu 11 a.m dan 1.00 p.m. Whiteman Explorer ini kita berpeluang menaiki bas lama yang dijaga dan dibawa pusing keseluruhan taman ini selama lebih kurang 1 jam. Banyak manfaat yang diperolehi ketika menaiki bas tour tersebut seperti sejarah Western Australia, pengangkutan yang digunakan penduduk dahulu dan lain-lain lagi. Kira kalau korang datang ke Whiteman Park ada isnin mmg bertuah lar. Free Tour ..

    Encik ini menerangkan tentang Lew Whiteman, merupakan orang yang membeli tanah disini mula-mula dahulu. Kemudian tanah tersebut dibeli pihak kerajaan negeri bersama untuk membangunkan satu tempat komuniti iaitu taman awam ini.
    Basikal yang digunakan pada masa dahulu iaitu dikenali sebagai "Velocipide Bicycle"



    Di Elizabeth Quay
          Ok, pada malam pula, aku dah decided nk ke Elizabeth Quay yang berdekatan dengan Perth City, Elizabeth Quay ni tempat yang wajib pergi sekiranya datang ke Perth.
    Bergambar di Landmark Elizabeth Quay











                                                                                                                       

    Friday, November 11, 2016

    Bercuti di Perth, WA Nov 2016 (Hari Pertama 30 Ot 2016 )

             Setibanya di Perth pada jam 4 petang, bergegas ke Airport untuk keluar dari pemeriksaan penguatkuasa disana. Seperti yang anda tau, Australia memang amat strict kalau bab2 makanan bawak ke sini. Masa time saya disana, seorang pegawai melakukan inspection terhadap barang makan saya. Namun semuanya lepas sekali, roti boleh dibawa juga ya! Anda boleh lihat previous entri yang lalu dimana saya mendapatkan informasi dari web agriculture australia. Ok sekiranya korang menginap di australia, korang boleh amik simcard di kawasan airport dengan liputan 4G. Ambil Optus Yes Simcard sebab harganya mampu dimiliki seorang dalam 10 AUSD untuk tempoh penggunaan 5 hari. Lagipun coverage dia menyeluruh. 



          Kad Declaration untuk diberi kepada Penguatkuasa Australia. Kad ini diberikan sewaktu Epoi menaiki pesawat.
    Kaunter Optus Yes Simcard di Perth Airport

     Kemudian setelah aktifkan simcard, aku pun terus menghubungi pihak Rental Car iaitu Aries Car Rental untuk "SELF PICKUP" kami di Airport. Selepas itu aku pun membawa kereta untuk Check-In satu malam di Bayswater, Perth untuk 3 malam. Kawasan Bayswater adalah kawasan yang tenang dan sunyi. Lokasinya pula hanya kira-kira 15-20 minit dari Bandar Perth.
    Bilik Kedua dimana Epoi & abang tinggal bersama. 

    Bilik Tidur Utama dimana ibu serta ibu saudara bermalam.



    Sunday, November 6, 2016

    Bercuti di Perth, WA Nov 2016 (Bajet & Itinerary ) Ulasan Penuh

         



                                                  Assalamualaikum 

             Alhamdullilah tercapai hasrat juga bercuti di bumi Australia ini. Percutian ke Perth ini merupakan percutian bersama keluarga iaitu mama dan abg serta ibu saudara Epoi, pada asalnya cadang nk bercuti di Langkawi atau yang lebih mesra bajet lg. Namun disebabkan teringin nk merasa negara mat salleh ni menyebabkan Australia adalah pilihan yg tepat untuk bercuti disebabkan negara ini begitu hampir dengan Malaysia. Kami sekeluarga memulakan percutian di Perth pada 30 Oktober 2016 hingga 5 November 2016, lebih kurang 6 hari macam itu lar kiranya..Ok Epoi mulakan dengan bajet perbelanjaan Epoi di Perth sepanjang seminggu perjalanan serta beberapa tips sebelum pergi ke Perth Australia.
    Peta Negara Australia
             Ok, Perth Australia ni merupakan ibu negeri kepada negeri Western Australia, Western Australia ini pula merupakan negeri terbesar di Australia. Kalau ikutkan tiket penerbangan yang ditawarkan. Lazimnya orang kita memilih Air Asia dan Malindo utk kesana.


    Sebelum bertolak/bercuti ke Perth, beberapa perkara perlu dibuat & diberi perhatian terlebih dahulu :


    • Kena ingat, korang nk travel untuk musim apa, kalau suka panas datang lar bulan Dis,Jan & Feb, kalau suka sejuk dtg pd Mac, Apr dan Mei, Kalau suka musim bunga pula Jun, Julai dan Ogos, musim luruh pd Sept, Okt, November. 
    • Pastikan Passport - Pastikan 6 bulan dan keatas sebelum tarikh luput pada waktu pergi.
    • Tiket Flight Air Asia - Beli pada bulan 8, tapi disebabkan dh amik seat pilihan,  baggage allowance lg dgn makan jdlah dlm RM 3300 untuk 4 orang dewasa.
    • Visa ke Australia - RM 20 sorang boleh buat dengan Wiya Travel (google), paling murah kot, kalau di AUS, nak buat dlm 20 AUSD / RM 62 sorang. (Recommend abis).
    • Insurance Premium Travel - RM 39 seorang dengan AXA Affin Insurance based yg rata-rata kata senang dpt claim. Boleh beli byk walk in atau online web..Epoi prefer bayar online.
    •  Lesen Memandu Malaysia - Lesen Malaysia Dwi-Bahasa tu boleh digunakan sebagai lesen sah untuk memandu di Australia, jgn mandai2 nk buat lesen antarabangsa pulak ya.!! Pembaziran duit namanya itu.
    • Sewa Kereta- Sewa Kereta dengan Aries Car Rental, normally Malaysian suka amik under this company maybe sebab harga yang kompetitif dengan mudah berurusan. Banyak pilihan kereta.
    • Penginapan - Boleh cari di Airbnb.com, kalau dengan Airbnb.com korang bler dh book 1 tempat, then suggest/invite orang lain boleh dpt RM90 Kredit free + orang yang korang invite/share tu pun turut dapat RM90 Kredit, so boleh dpt potongan harga RM90. Harga rate RM 250 - 450 semalam untuk 4 orang kesemuanya. Ada juga saya book direct dengan hotel pada malam terakhir.
    • Money Changer - Masa saya tukar, Epoi dapat 1 Dollar Aussie = RM 3.23. cari money changer yang dpt tawaran paling kompetitif. Kalau korang dari sekitar Klang Valley boleh try Money Master. Jangan sesekali tukar dkt Airport sebab terdapat perbeza amat ketara boleh rugi dlm RM 50 hingga RM 150 depending pada berapa yang korang tukar.
    • Kalau korang jenis nak berjimat taknak makan sangat di luar dengan penggunaan dollar tu bolehlah bawak makanan ke sini, tapi buat list-list seperti dibawah.Packing cantik2 juga ok.
    • Sabun Taharah yang untuk sertu tu. Pastikan bawa juga sebab adakalanya nk guna.
    • Tisu basah wajib bawak sebab disana tiada penggunaan air paip mcm kita di Malaysia. 
    • Kebanyakkan warga Australia diorg ni sgt helpful dan peramah. So tak perlu risau nk berkomunkasi atau berurusan dgn mereka.
                                     
    Perbelanjaan yang tidak mencerminkan penjimatan eh....

    To Be Continued.................