Setibanya di Perth pada jam 4 petang, bergegas ke Airport untuk keluar dari pemeriksaan penguatkuasa disana. Seperti yang anda tau, Australia memang amat strict kalau bab2 makanan bawak ke sini. Masa time saya disana, seorang pegawai melakukan inspection terhadap barang makan saya. Namun semuanya lepas sekali, roti boleh dibawa juga ya! Anda boleh lihat previous entri yang lalu dimana saya mendapatkan informasi dari web agriculture australia. Ok sekiranya korang menginap di australia, korang boleh amik simcard di kawasan airport dengan liputan 4G. Ambil Optus Yes Simcard sebab harganya mampu dimiliki seorang dalam 10 AUSD untuk tempoh penggunaan 5 hari. Lagipun coverage dia menyeluruh.
Kad Declaration untuk diberi kepada Penguatkuasa Australia. Kad ini diberikan sewaktu Epoi menaiki pesawat.
Kaunter Optus Yes Simcard di Perth Airport
Kemudian setelah aktifkan simcard, aku pun terus menghubungi pihak Rental Car iaitu Aries Car Rental untuk "SELF PICKUP" kami di Airport. Selepas itu aku pun membawa kereta untuk Check-In satu malam di Bayswater, Perth untuk 3 malam. Kawasan Bayswater adalah kawasan yang tenang dan sunyi. Lokasinya pula hanya kira-kira 15-20 minit dari Bandar Perth.
Bilik Kedua dimana Epoi & abang tinggal bersama.
Bilik Tidur Utama dimana ibu serta ibu saudara bermalam.
No comments:
Post a Comment