• Home
  • Sunday, November 6, 2016

    Bercuti di Perth, WA Nov 2016 (Bajet & Itinerary ) Ulasan Penuh

         



                                                  Assalamualaikum 

             Alhamdullilah tercapai hasrat juga bercuti di bumi Australia ini. Percutian ke Perth ini merupakan percutian bersama keluarga iaitu mama dan abg serta ibu saudara Epoi, pada asalnya cadang nk bercuti di Langkawi atau yang lebih mesra bajet lg. Namun disebabkan teringin nk merasa negara mat salleh ni menyebabkan Australia adalah pilihan yg tepat untuk bercuti disebabkan negara ini begitu hampir dengan Malaysia. Kami sekeluarga memulakan percutian di Perth pada 30 Oktober 2016 hingga 5 November 2016, lebih kurang 6 hari macam itu lar kiranya..Ok Epoi mulakan dengan bajet perbelanjaan Epoi di Perth sepanjang seminggu perjalanan serta beberapa tips sebelum pergi ke Perth Australia.
    Peta Negara Australia
             Ok, Perth Australia ni merupakan ibu negeri kepada negeri Western Australia, Western Australia ini pula merupakan negeri terbesar di Australia. Kalau ikutkan tiket penerbangan yang ditawarkan. Lazimnya orang kita memilih Air Asia dan Malindo utk kesana.


    Sebelum bertolak/bercuti ke Perth, beberapa perkara perlu dibuat & diberi perhatian terlebih dahulu :


    • Kena ingat, korang nk travel untuk musim apa, kalau suka panas datang lar bulan Dis,Jan & Feb, kalau suka sejuk dtg pd Mac, Apr dan Mei, Kalau suka musim bunga pula Jun, Julai dan Ogos, musim luruh pd Sept, Okt, November. 
    • Pastikan Passport - Pastikan 6 bulan dan keatas sebelum tarikh luput pada waktu pergi.
    • Tiket Flight Air Asia - Beli pada bulan 8, tapi disebabkan dh amik seat pilihan,  baggage allowance lg dgn makan jdlah dlm RM 3300 untuk 4 orang dewasa.
    • Visa ke Australia - RM 20 sorang boleh buat dengan Wiya Travel (google), paling murah kot, kalau di AUS, nak buat dlm 20 AUSD / RM 62 sorang. (Recommend abis).
    • Insurance Premium Travel - RM 39 seorang dengan AXA Affin Insurance based yg rata-rata kata senang dpt claim. Boleh beli byk walk in atau online web..Epoi prefer bayar online.
    •  Lesen Memandu Malaysia - Lesen Malaysia Dwi-Bahasa tu boleh digunakan sebagai lesen sah untuk memandu di Australia, jgn mandai2 nk buat lesen antarabangsa pulak ya.!! Pembaziran duit namanya itu.
    • Sewa Kereta- Sewa Kereta dengan Aries Car Rental, normally Malaysian suka amik under this company maybe sebab harga yang kompetitif dengan mudah berurusan. Banyak pilihan kereta.
    • Penginapan - Boleh cari di Airbnb.com, kalau dengan Airbnb.com korang bler dh book 1 tempat, then suggest/invite orang lain boleh dpt RM90 Kredit free + orang yang korang invite/share tu pun turut dapat RM90 Kredit, so boleh dpt potongan harga RM90. Harga rate RM 250 - 450 semalam untuk 4 orang kesemuanya. Ada juga saya book direct dengan hotel pada malam terakhir.
    • Money Changer - Masa saya tukar, Epoi dapat 1 Dollar Aussie = RM 3.23. cari money changer yang dpt tawaran paling kompetitif. Kalau korang dari sekitar Klang Valley boleh try Money Master. Jangan sesekali tukar dkt Airport sebab terdapat perbeza amat ketara boleh rugi dlm RM 50 hingga RM 150 depending pada berapa yang korang tukar.
    • Kalau korang jenis nak berjimat taknak makan sangat di luar dengan penggunaan dollar tu bolehlah bawak makanan ke sini, tapi buat list-list seperti dibawah.Packing cantik2 juga ok.
    • Sabun Taharah yang untuk sertu tu. Pastikan bawa juga sebab adakalanya nk guna.
    • Tisu basah wajib bawak sebab disana tiada penggunaan air paip mcm kita di Malaysia. 
    • Kebanyakkan warga Australia diorg ni sgt helpful dan peramah. So tak perlu risau nk berkomunkasi atau berurusan dgn mereka.
                                     
    Perbelanjaan yang tidak mencerminkan penjimatan eh....

    To Be Continued.................


    No comments:

    Post a Comment